Monday, May 18, 2009

Write The Worst!

Di kepala masih terngiang-ngiang perkataan Tuan Aik, seorang super duper senior dalam bidang penulisan skrip drama dan filem. Kami berbual-bual ketika waktu rehat, sementara menantikan masa untuk memasukki semula bengkel Penulisan Skrip yang dianjurkan oleh Tuan Martias Ali di FINAS baru-baru ini. Kata beliau :

"Write the worst thing that you can write, don't write the best," ujar beliau bersungguh-sungguh. Ternganga saya mendengarnya. 'Apa hal orang tua dia ini?' Tapi beliau yang berpengalaman cepat menangkap kegusaran yang terlukis di wajah kami. Beliau tersenyum.

"... So that you can write better and better the next day." Barulah saya tersenyum dan memahami maksud perkataan beliau itu. Ada beberapa perkara sebenanrya yang boleh dipelajari dari perkataan beliau itu.

Dan seterusnya beliau berkata, "Please make sure that you put in writing, don't put it in your head." Hah! Yang ini saya memahami maksud beliau dan saranan beliau ini segera menyegarkan semula saya. Memang di dalam kepala dipenuhi dengan idea yang bermacam-macam, serasanya ada berbelas novel yang mahu saya nukilkan sekaligus. Tapi ternyata tidak berdaya, dek kekangan masa, tekanan di tempat kerja dan pelbagai maknika lagi yang melanda.

Ternyata saranannya itu amat mengesankan hati saya yang sedikit kehilangan dalam mencari rentak untuk menulis semula. Jiwa saya yang sudah biasa sebelum selama tiga tahun bekerja sendiri terasa terkongkong amat apabila bekerja dengan orang. Tapi itu bukan satu alasan untuk saya tidak terus menulis dan berkarya. Mudah-mudahan sedikit tips ini dapat kita manfaatkan bersama dalam meneruskan minat kita untuk menulis dan terus menulis.

Teks : Serunai Faqir

9 comments:

Farahusain May 18, 2009 at 1:17 AM  

masalah yang saya hadapi..bila saya menaip, jari tu laju aja menyusun ayat..habis satu bab, saya baca semula masa tu baru terperasan ada ayat yang tak sesuai lah, pengunaan perkataan yang salah etc. terus masa tu juga saya betulkan semula dan akibatnya saya akan menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk satu bab. benda ni biasa bagi semua penulis atau saya aje? kalau macam ni, ntah bilalah manuskrip saya tu boleh siap sepenuhnya...

Khar,  May 18, 2009 at 1:41 AM  

Nasihat saya - teruskan sahaja menulis sehingga bab lain dan tinggalkan apa yang telah kita tulis. Habis manuskrip, barulah Farah tengok dan semak semula serta memperbetulkan mana yang kurang dan perlu ditokok tambah. Seandainya tidak, Farah hanya membuang masa di situ dan manuskrip takkan siap.

LeaQistina May 18, 2009 at 1:47 AM  

Salam,

Hola Farah dan Abg Khar...

Lea juga pernah menghadapi masalah seperti yang dinyatakan oleh Abg Khar dalam artikel dan juga oleh Farah. Adakalanya kita sedang khusyuk menulis bagi sebuah cerita tetapi disebabkan kekangan yang dihadapi usaha itu terpaksa dihentikan. Ada perkara lain yang lebih utama yang harus diberikan perhatian. Jika sekejap sahaja, tak mengapalah. Tetapi yang menjadi masalah besar apabila usaha tersebut terpaksa dihentikan dalam masa yang lama. So, lama kelamaan Lea akan sukar untuk mendapat kembali mood untuk menyambung cerita tersebut. Alangkah ruginya...

Lea juga ada habit seperti Farah. Waktu menaip, jari laju je taip. Tak fikir pape dah. Tapi bila baca semula akan ada sahaja kelemahan dan kekurangan yang dikesan. So, penyelesaiannya Lea mintak tolong kawan2 untuk baca dan komen karya tersebut. Jadi lebih mudah untuk Lea betulkan kesalahan tu. Sebabnya kalau ikutkan Lea semuanya salah dan harus ditulis semula. Huhu.. kalau macam tu, bila mau siap daaa...

Keh.. keh.. keh..

~LeaQistina

Khar,  May 18, 2009 at 1:49 AM  

Lea - itu perkara biasa yang dihadapi oleh mana-mana penulis dan perlu diatasi dengan segera! Bahaya kalau dah berkarat!

Farahusain May 18, 2009 at 1:56 AM  

tq abg khar..tq lea..
insya-allah..saya akan praktikkan nasihat-nasihat tu...saya pun dah tak larat nak tangguhkan manuskrip yang satu tu..

Khar,  May 18, 2009 at 2:06 AM  

Farah - moga-moga berjaya menghabiskan manuskrip tersebut. :)

Jue May 18, 2009 at 5:27 AM  

sama la..tang farah punya x samala..sbb saya ni kalau menulis mmg x toleh belakang dah..bila siap semua baru baca balik..masa tu baru gelak sorang2 sbb byk salah sana sini...

bab yg sama tu...pressure keje mybbkan byk citer yg tergantung..kdg2 perasaan tgh berkobar2..idea tgh mencurah2..terutama waktu pagi bangun tido..tapi busy nk gi opis...huhu...terpaksa coret kat paper yg mana penting..balik umah dah penat..terus tertangguh..huhu....

Khar,  May 18, 2009 at 7:04 AM  

Kawan2 - Semalam saya baru teringat untuk menuliskan semula manuskrip saya yang tergantung mengikut bab demi bab. Hehehe ...

LeaQistina May 18, 2009 at 6:17 PM  

Hehe... Chaiyok2 abg khar.. (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP