Sunday, May 17, 2009

Agensi Sastera di Malaysia

Agensi sastera (literary agent) yang ditubuhkan secara berdaftar di Malaysia adalah Arsalia Sdn. Bhd. Mempunyai peranan dan fungsi yang sama seperti kami tetapi lebih menjurus kepada penelitian dan penyemakan manuskrip yang mempunyai tenaga pakar dalam bidang kesusasteraan dan pelbagai bidang. Diketuai oleh sasterawan, Dato Dr. Anwar Rethwan, ia telah beroperasi sejak 2005 dan telah mendapat watikah perlantikan dari DBP pada awal 2007. Namun telah menjadi agen kepada badan itu sejak Oktober 2006.
Sumber : Utusan Online

Bermakna langkah kami untuk menubuhkan agensi penulisan yang berdaftar pada masa akan datang bertepatan dengan pembangunan dunia penulisan yang kian pesat . Tapi, peranan kami bukan hanya setakat untuk meneliti dan menyemak manuskrip; malah kami memikirkan jauh dari itu iaitu sebagai satu agensi yang berperanan untuk berkongsi pengetahuan yang ada dengan kami dengan penulis-penulis tanah air.

Meskipun perkara ini agak asing di tanah air, namun kami yakin dan percaya bahawa kesedaran untuk bergerak di bawah agensi ini akan bertambah. Ini kerana tumbuhnya penerbit-penerbit swasta yang sekaligus membantu perkembangan dunia penulisan tanah air kita. Dengan itu peranan dan fungsi agensi manuskrip akan lebih bertambah andainya ia mempunyai ahli yang berdaftar dengannya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP