Monday, May 18, 2009

Sesi Bertemu Editor

Saya memikirkan bahawa aktiviti pertama adalah sesi untuk bertemu dengan editor dari penerbit yang telah saya hubungi. Ada 2, 3 penerbit yang telah memberikan persetujuan tapi saya akan memutuskannya kelak. Tarikh yang saya pilih adalah 28 Jun 2009. Kepada ahli yang berminat, sila tinggalkan pesanan di kotak komen. Kepada yang masih belum berdaftar dan ingin mengikuti sesi ini, sila berdaftar terlebih dahulu kerana ini adalah sesi aktiviti eksklusif untuk ahli yang berdaftar sahaja. Peluang untuk menemui mereka bukannya mudah. Caiyuk, caiyuk!

Penerbit mana masih lagi belum saya putuskan, tapi tarikh tersebut saya kira sudah tetap. Kepada ahli berdaftar, bagaimana dengan tarikh tersebut?

Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad)
Tempat : Wisma PKNS, Shah Alam

SESI INI AKAN DITANGGUHKAN KE TARIKH LAIN

9 comments:

Jue May 18, 2009 at 8:55 AM  

Wahhh...kat shah Alam ni..kalau org shah alam tak p rugi laa..hahaha...so ni kira dah daftarla ek??hehehe

erkk...im the first one??..
(farah..sori terawal la pulak daftar..ingat nk jenguk je..hehe)

Farahusain May 18, 2009 at 9:03 AM  

saya pun kira on lah. bukan senang nak dapat peluang cam ni..tarikh tu dah cantik..

LeaQistina May 18, 2009 at 9:29 AM  

hehe.. Lea saja nk tgk komen kengkawan dulu.. hehe...

Lea ada niat nk join tp kena tgk keadaan dulu coz tarikh tu jauh lagi... takut ada kekangan lak...

but for now lea rasa on kot.. tp klu xjadi gi lea akan gitau semula kemudian... (^_^)v

Putri Lily May 18, 2009 at 9:48 AM  

Aduhai.. kenapalah jauh sgt..Tapi bulan 6 musim cuti. Insya-Allah tgk nanti cammana k..

psst @ Khar.
Sesekali butlah kat S'pore atau paling2 pun di Johor Bahru.. :)

~Putri Lily~

Khar,  May 18, 2009 at 6:17 PM  

Jue, Farah, Lea, Putri lily - Saya cuba untuk memenuhi keperluan ahli, utk manfaat kita bersama insya-Allah.
Buat di JB @ Singapura - insya-Allah Lily. Memang penting pun utk penulis berjalan meilhat tempat orang lain, meluaskan pandangan dan fikiran.

NURUL AINI BAKAR May 18, 2009 at 8:42 PM  

Salam semua,
Huhu... saya yang di Downunder ni sah-sah la tak boleh pergi kan. Lagi pula 28 Jun tu due date untuk research proposal. Memikirkannya saja dah buat kepala berat. Bila tengok sokongan dan sambutan positif pada agensi ini teringin sangat nak menulis balik. Dah gian sangat dah ni! Tapi itulah, esaimen... ai sey men! Apapun buat teman-teman teruskan berkarya ya. Abg Khar- caiyuk! caiyuk!

Kaseh Esmiralda May 18, 2009 at 9:36 PM  

alemek~ best ni abg khar... Kaseh tingin nak join... date tu mmg dah cun... sblm org terbang ke port dickson smbung blaja (ceh, bunyi cam jauh je... poyo!)

err, ade satu perkara kaseh nak tye pasal hak2 penerbitan novel ni... nak cite mmg pjg problem kaseh ni. geram yg bersarang dalam otak ni jangan citelah... so demi nak dptkan semula hak sebagai penulis Kaseh nak pastikan dulu hal ni...

cmne nak contact abang khar? ade ym tak? senang nak cite satu2 hal ni...

AVA May 18, 2009 at 9:40 PM  

Kaseh - emel abg khar je kat ejenmanuskrip@yahoo.com - nnt abg add kaseh. :)

Nia Arissa May 19, 2009 at 1:56 AM  

memang menarik tapi Nia ada prob la... memang niat di hati nak join tapi jauh... tapi nia akan cuba...

insyaallah kita akan jumpa nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP