Wednesday, May 20, 2009

Sikap Penulis?

Apa maksud sikap dalam perihal yang berkaitan dengan penulis? Sikap di sini andainya ditinjau dari sudut pandang seorang editor adala seseorang yang berurusan untuk menghantar manuskrip dan individu itu berkeinginan agar manuskripnya diterbitkan dalam bentuk bercetak. Jadi, ada beberapa perkara yang biasanya akan dilihat oleh seorang editor sebelum dia menerima manuskrip bagi pihak penerbitnya. Antaranya adalah :

i.) Komunikasi
Apakah jenis bahasa yang digunakan semasa penulis itu menghubunginya? Seorang editor yang cekap dan berpengalaman dalam mengendalikan penulis amat peka dengan bahasa yang digunakan oleh penulis yang berurusan dengannya samada melalui telefon atau emel. Dari pandangan pertama, editor sudah mampu mengesan sedikit perangai atau tabiat penulis yang akan berurusan dengannya.

Adakala kedapatan penulis yang bercakap dengan menggunakan bahasa yang merendah diri dan sebaliknya. Kedua-dua ini memberikan nilaian kepada editor dalam penentuan samada manuskrip itu akan terbit dengan cepat atau lambat. Meskipun ia bukannya kriteria utama dalam proses penerbitan tapi editor adalah manusia biasa yang punya perasaan sama seperti penulis. Mereka hanya manusia biasa.

* Ada juga kes manuskrip yang lambat diterbitkan oleh kerana cue dan jadual penerbitannya telah ditetapkan menurut aturan yang dilakukan oleh editor itu sendiri dan kelulusan pihak atasan.

ii) Penulisan
Seperti juga dengan bahasa berkomunikasi, bahasa dalam bentuk tulisan juga punya komunikasi yang hanya difahami oleh editor. Sekali imbas membaca, editor dapat tahu tahap kematangan penulisan seseorang penulis. Dia akan tahu samada manuskrip yang ditanganinya adalah berdasarkan dari pemikiran dan ilham semata-mata atau mempunyai homework yang cukup. Berdasarkan itu juga terpulang kepada editor tersebut samada karya itu layak untuk diterbitkan atau tidak. Setidak-tidaknya pun, editor itu dapat menangkap klasifikasi (genre) karya tersebut.


Apa-apa pun sikap penulis dalam menentukan karya amat perlu dititikberatkan. Pengetahuan dalam undang-undang yang berkaitan dengan penulisan amatlah perlu diketahui meskipun hanya asas. Sekurang-kurangya ia dapat mengelakkan dari terjadi perkara yang tidak diingini. Maka dengan salah sebab itu, agen ini diwujudkan agar dalam membantu dan memberi panduan penulis dalam memilih penerbit yang genuine dan berkaliber dalam bidang penerbitan bahan bercetak.

Berapa ramai yang ingin menjadi seperti penulis-penulis besar dunia seperti JK Rowling, JRR Tolkien, CS Lewis, Neil Gaiman dan banyak lagi tapi berapa ramai pulakah penulis kita yang memikirkan tentang bagaimana dan kenapa penulis-penulis ini masih menggunakan agensi literari dalam menguruskan manuskrip mereka? Nah, jawapannya ada pada anda. Tepuk dada, tanya iman. Apakah kita terfikir bahawa JK Rowling yang menguruskan novelnya hingga diterjemah kepada puluhan bahasa dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk filem? Jawapannya adalah penerbit beliau yang pada mulanya berurusan dengan agensi manuskrip untuk mendapatkan satu manuskrip beliau yang mantap. Dan ada sesetengah agensi menjadi panel kepada penulisan novel yang akan diterjemahkan dalam bentuk skrip drama atau filem.

Di Malaysia, agensi seperti ini adalah sangat asing kepada penulis dan masih tertanya-tanya, apakah relevannya agensi sastera atau literary ini kepada mereka. Hanya sikap jugalah yang akan menentukan cepat atau lambatnya kepercayaan untuk diletakkan kepada agensi bagi menguruskan manuskrip mereka. Tahap kesedaran tentang undang-undang amatlah lemah, hanya apabila berlaku situasi yang tidak diingini barulah kita teraba-raba mencari jalan penyelesaiannya.

Jangan tanya kepada orang lain, tanyalah kepada diri anda sendiri tentang perkara ini. Banyak sebenarnya isu-isu yang membabitkan penulis yang ditipu oleh penerbit yang tidak genuine. Tapi apakah cara untuk menyelesaikannya? Adakah penulis kita sanggup menghabiskan duit dan masa untuk mengikuti prosiding bicara di mahkamah hanya kerana sebuah novel? Jadi, sebelum itu berlaku, fikirkanlah situasi ini.

1 comments:

Putri Lily May 20, 2009 at 7:44 PM  

Salam,
Terus terang lily katakan pada awalannya ketika minat menulis ada dlm jiwa ni, niat lily cuma ingin berkongsi bersama pembaca apa yg terbit diminda. Tak pernah kisah dgn hak-hak dan kepentingan pengetahuan asas seorg penulis. Apalagi soal keuntungan.Pada lily itu semua 'belakang kira'.

Tapi bila pernah sekali ada yg menceroboh hasil ilham lily(puisi)tanpa izin,geram jugakan. Baru lily mula fikirkan tentang hak-hak peribadi pula. Dan bila penulisan dah capai ke tahap novel, apalagi setelah membaca semua isu-isu penting tentang penulisan di blog ni, lily baru sedar tentang bnyak perkara yg penulis perlu tau.

Terima kasih saudara Khar dgn perkongsian ini dan harap dapat beri tunjuk ajar yang lebih lagi.

~Putri Lily~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP