Monday, May 25, 2009

Pitching?

Dalam layar perak terdapat satu istilah yang dikenali sebagai pitching. Pitching adalah satu konsep mempersembahkan idea, konsep, jalan cerita, ilham dalam dunia penerbitan drama atau filem. Ia adalah suatu konsep yang telah diamalkan di dalam dunia barat untuk mencari cerita yang dapat dipersembahkan dalam bentuk visual untuk ditonton.

Bermaksud ia adalah suatu bentuk penyataan perkataan untuk diangkat sebagai cerita dalam satu-satu produksi. Ini adalah suatu yang menarik dan menyebabkan terhasilnya cerita, filem-filem yang mempunyai samada gagasan idea dan gabungan ilham antara pembikin, pengeluar drama atau filem yang sangat berbeza dan lari dari bentuk klise yang membosankan. Maka dengan itu, ilham yang diperolehi boleh sahaja samada dari pengalaman, pembacaan, pemerhatian, cerapan ilmiah, pemikiran dan sebagainya. Dan salah satu bentuk pembacaan moden hari ini adalah melalui blog dan laman web yang tumbuh bagaikan cendawan.

Dan satu fakta yang menarik adalah apabila pengeluar filem tersohor Yasmin Ahmad yang berkonflik dengan seorang blogger yang mengatakan bahawa idea iklan raya 2007 (burung apa tu ... burung murai, burung apa tu tu... burung murai) itu adalah hasil dari tulisannya, namun andainya ditinjau dari sudut perundangan kes itu tiada prima facie. In disebabkan ilham adalah suatu perkara yang dapat dimanipulasi dalam pelbagai bentuk. Saya tidak pasti/ingat sejauh manakah peringkat kes ini dibincangkan.

Dan apa yang ingin saya perkatakan adalah bahawa kini terdapat ramai bloggers yang menulis novel dalam bentuk e-novel dan dipaparkan untuk tatapan umum. Tidak kira samada ia dalam bentuk artikel, cerpen, novel dan sebagainya, ia sebenarnya adalah tetap hakmilik penulis tersebut. Tetapi adakah kita mampu untuk mendakwa bahawa karya yang diterbitkan dalam bentuk yang lain itu sebagai karya kita? Sedangkan idea asal itu telah diubah dalam bentuk yang lebih visual dan ditontoni ramai. Tentunya orang akan mengatakan bahawa karya kita tidak ada kena mengena dengan visual tersebut; salah-salah hemat kita pula dikatakan memplagiat karya tersebut. Adakah kita menyedari tentang perkara ini?

Dalam konteks penulis-penulis e-novel kini, kita sukar untuk membayangkan andainya karya kita itu diplagiat dan diterbitkan dalam bentuk visual itu dapat kita dakwa bahawa karya itu adalah sebenar-benarnya hakmilik kita sedangkan visual yang dikeluar/tayangkan itu mempunyai hakcipta yang lebih nyata dari sudut perundangan - di bawah Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dan akhirnya ia akan menimbulkan pelbagai persoalan dan polemik yang tidak berkesudahan. Bagaimana pula andai karya kita yang dituliskan secara paparan percuma di blog dapat kita yakini bahawa hakcipta kita adalah dalam lingkungan yang selamat dan terpelihara? Adalah kita pernah memikirkan tentang perkara ini? Ataupun kita meredhakan perkara tersebut dan menganggap bahawa itu suatu kredit untuk untuk kita; tetapi hasil kita tersebut sebenarnya berjaya dijual berpuluh-puluh ribu, dan apakah yang kita dapat? Adakah anda pernah terfikir bahawa suatu masa nanti karya anda yang dipaparkan di blog itu akan diambil oleh orang lain dan diterbitkan dalam bentuk visual tanpa kebenaran anda?

Semoga artikel yang tidak seberapa ini menjadi buah fikir untuk manfaat dan kesedaran kita semua hendaknya.

7 comments:

LeaQistina May 25, 2009 at 8:41 PM  

hoho... pernah juga terfikirkannya tapi apakah jalan keluarnya?

Khar,  May 25, 2009 at 9:20 PM  

Terfikir sahajakah?

Putri Lily May 25, 2009 at 10:36 PM  

Ya.. teknologi terkini memboleh perkara2 yg tak terfikir akan terjadi. Walaupun tak dapat cara copy/paste, mungkin ada cara lain. Takutnya..! Untuk jalan lebih selamat, apa kita perlu berhenti memaparkan cerita versi online begitu?

Mcm Lea, Lily pun nak tahu apa jalan keluarnya?

Khar,  May 25, 2009 at 10:57 PM  

Putri Lily - terpulang kepada intuisi seseorang penulis itu tetapi unndang-undang tetap undang-undang.

LeaQistina May 26, 2009 at 12:00 AM  

Abg Khar - Undang-undang memang tetap undang-undang tetapi kalau tidak salah Lea, undang-undang hak cipta (copyright) di negara kita ni macam tak begitu mantap. Lea tak bape sure dengan pernyataan Lea tu but itu pendapat Lea mengenai beberapa perbincangan yang pernah dilakukan di dalam kelas.

Mungkin juga kesedaran masyarakat yang kurang mengenai isu ini juga menjadi punca. Tu pendapat Lea selama ini la... Hehe.. Tak tau betul ke tak coz Lea sendiri pun tidak begitu mengambil berat mengenai hal ini.

Langkah yang Lea ambil untuk mengelakkan drpd masalah ini terus berlaku adalah dengan memberi kredit kepada yang empunya karya. Itu saja. Lain-lain Lea xtau :(

khar,  May 26, 2009 at 2:15 AM  

Lea - undang-undang itu ada tapi kita yang tidak berani memantapkannya, sebab kita jarang mengambil tahu tentangnya. Ya, kalau berlaku pertikaian, kita jarang ingin mengambil tindakan ke mahkamah atas sebab-sebab tersendiri. Sebab itulah, agensi ini bertindak sebagai pemangkin untuk menyedarkan penulis atau sesiapa sahaja tentang pentingnya untuk mengetahui hak-hak yang sepatutnya mereka tahu.

Ilmar Imia May 27, 2009 at 5:51 PM  

rasanya klu nk ckp psl soal hakcipta ni, smpai bila2 pun takkan abes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP