Pemenang Hadiah Galakan Menulis AVA
Ini adalah komentar ringkas yang dapat saya lakukan dari kaca mata seorang editor. Meskipun begitu, tanggapan ini mungkin juga berbeza kiranya cerpen ini dinilai oleh editor lain. Cuma, ini sebagai galakan untuk ahli AVA terus berkarya. Meskipun cuma dua penyertaan, tapi bagi AVA, ini adalah satu permulaan yang baik untuk terus menggalakan ahli AVA terus berkarya.
Penyertaan :
1) Cuma Dia - Ilmar Imia
2) Dia Rupanya - Putri Lily
Tema
Kedua-dua cerpen ini mengutarakan tema yang biasa ataupun istilahnya sebagai klise. Menjurus pada konflik dalaman yang menyebabkan kedua-duanya memilih jalan untuk mengadukan kepada yang Maha Esa dalam menentukan apakah yang sebenarnya terjadi. Seorang dalam dilema mencari kerja yang tepat dan sesuai dengan kehendak nalurinya dan seorang lagi mencari seseorang yang ditemui di alam maya; lalu membuahkan pertanyaan siapakah individu yang selama ini bersembunyi di sebalik nama penanya di ruangan sembang siber.
Isu
Persoalan yang dipaparkan secara umumnya tidaklah begitu berat hingga menggugah pemikiran pembaca untuk merungkai isu yang dititipkan baris demi baris. Antara isu yang dikemukakan oleh kedua-dua cerpen tersebut adalah :
i) Kehendak manakah yang perlu diutamakan diri sendiri ataupun keluarga?
ii) Mengapa pentingnya kita perlu mengenali seseorang yang kita rasakan begitu akrab dan memahami permasalahan yang melanda diri kita.
iii) Pentingnya persahabatan
iv) Terapi melalui agama.
Dari segi
Plot
Plot yang digarap oleh kedua-dua penulis ini berkembang secara baik. Di sebalik
Kelemahan
Terdapat banyak kesilapan dari segi ejaan. Diharapkan penulis akan lebih berhati-hati dalam proses penggarapan cerpen. Suntingan dan pembacaan harus dilakukan berkali-kali bagi memastikan tiada kesilapan ejaan; atau paling tidak pun dapat meminimakan kesalahan ejaan. Selain itu, perkara-perkara teknikal seperti format penulisan cerpen juga perlu diperbaiki pada masa akan datang. Tema yang diutarakan haruslah lebih bersifat taksa yang tidak keterlaluan bagi menghadirkan perasaan ingin tahu pembaca untuk membaca cerpen. Cerpen yang bersifat selapis mengakibatkan pembaca mudah menebak persoalan dan rungkaian penulis terhadap karya cerpen tersebut.
Twist
Dari segi twist penceritaan, saya mendapati bahawa cerpen yang digarap oleh Putri Lily berjaya membuatkan saya tersalah menebak dalam menemui titik pengakhiran dalam cerpennya. Sementara cerpen Ilmar bergerak mendatar dan boleh diagak kesudahannya. Oleh yang demikian, saya memilih cerpen Putri Lily sebagai memenangi hadiah galakan menulis untuk kali pertama yang dianjurkan oleh AVA.
Kesimpulan
Kedua-dua penulis mempunyai bakat yang besar dalam penulisan cerpen dan mampu dikembangkan lagi sekiranya dilatih dengan bersungguh-sungguh. Jalan di hadapan terbentang luas bagi kedua-dua penulis ini untuk bergerak lebih jauh dalam penggarapan karya cerpen. Oleh itu, kedua-duanya hendaklah tekal mencari ilmu serta menggarap karya-karya yang lebih menggugah pembacaan. Nilai-nilai murni yang disematkan, amat elok diteruskan, bahkan sesungguhnya, penulis itu adalah perakam sejarah dan peristiwa yang berlaku. Sebab itulah, karya yang digarap hendaknya tidak bersifat polos dan klise pada masa akan datang. Tema dan persoalan remaja harus dikembangkan lagi sifat dan dasarnya agar persoalannya lebih terarah kepada satu tahap yang lebih matang dan mencabar. Walau bagaimanapun, tahniah kepada kedua-dua penulis yang berani menyahut cabaran AVA untuk menulis cerpen, walaupun sibuk dengan tugasan dan rutin harian, penulis hendaklah mempunyai satu disiplin dalam berkarya. Kerana apa? Kerana inilah jalan yang dipilih oleh kita, untuk menjadi lidah kepada masyarakat dan zaman yang diuliti. Sekian.
3 comments:
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah...
Lily tak terfikir nak ckp apa2 lagi. Tgh sedih. Sedih sebab terlalu gembira dan tak menyangka akan terpilih sebagai pemenang.
Terima kasih Khar dgn komentar yg begitu membangun dan terima kasih kepada AVA kerana memberi peluang sebegini.
~Putri Lily~
PL - tahniah, semoga makin rancak menulis disamping kesibukan yang digeluti.
Terima kasih Abg Khar atas komennya :)
Post a Comment