Tuesday, August 4, 2009

Modus Operandi AVA

Entri ini bertujuan untuk menerangkan modus operandi atau cara AVA berfungsi buat masa ini. Memandangkan AVA dimulakan dengan dengan perkataan 'agensi', seharusnya ia bergerak seperti agensi-agensi lain yang berada di luar. Namun disebabkan keterbatasan masa dan tenaga, maka fungsi AVA diminimalkan untuk tugasan tertentu sahaja.

Fungsi AVA :

1) Menerima manuskrip ahli AVA untuk disemak secara sekali lalu. Sekiranya di luar negara tugasan untuk menyemak dan mengedit satu-satu manuskrip itu perlu dibayar mengikut jumlah muka surat. Lazimnya ia berharga antara RM 2.00 - 4.00, bergantung kepada jenis manuskrip. Kadangkala ia mencecah ribuan ringgit.

2) Tapi AVA tidak melakukannya di sini kerana tenaga AVA hanya bersifat NGO dan tidak berorientasikan keuntungan. Tugas dijalankan hanya secara sukarela sebelum ini. Setakat ini tiada dana untuk menyara tugasan suntingan.

3) Selain itu, AVA akan berhubung dengan mana-mana rakan editor AVA untuk mencadangkan serta berbincang dengan mereka tentang manuskrip yang dikehendakki oleh mereka. Selepas dari itu, penulis akan berhubung secara terus dengan editor dari penerbit tersebut.

4) Tugas AVA buat masa ini hanya menjadi orang tengah dan penghubung dengan rakan-rakan editor dari penerbit yang ada. Dengan ini, dapat mengurangkan isu penulis-penulis baru ditipu oleh penerbit yang tidak bertanggungjawab.

5) Penerbit di sini tidak akan membayar AVA kerana kebanyakan mereka tidak tahu pun tentang peranan dan tugasan agensi manuskrip. Jadi, AVA di sini hanya berbincang dan mencadangkan manuskrip mana yang sesuai untuk penerbitan mereka.

6) AVA hanya mencari penerbit yang berwibawa dan dipercayai untuk menerbitkan manuskrip ahlinya.

7) Mengadakan bengkel yang berkaitan dengan penulisan.

Jadi, mana-mana persoalan tentang tugas atau modus operandi AVa, saya telah jawab di sini.

5 comments:

Putri Lily August 4, 2009 at 11:39 AM  

Salam,

Cukup faham dengan makluman yg diberi dan faham sgt dgn tugas sebenar AVA. Lily sgt berterima kasih dgn tertubuhnya AVA ini. Besar sungguh jasa AVA utk org2 seperti kami. Moga AVA sukses selalu.

~Putri Lily~

Juliaesqa August 4, 2009 at 10:50 PM  

itupun sudah besar jasanya AVA bagi orang macam saya ni.

Khar,  August 5, 2009 at 1:35 AM  

PL - Sama-sama. Terus menulis ya? ; )

Julia - Belanja makanlah, hehehe ...

Syukri Sapuan October 3, 2009 at 12:47 AM  

salam.

terima kasih kerana menyediakan satu medium baru kepada penulis-penulis baru untuk bertapak.

Khar,  October 4, 2009 at 9:46 PM  

Kami hanya berusaha, insyallah. Mudah-mudahan dapat membantu mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP