Panduan Menghantar Manuskrip ke AVA - Terbaru
Panduan ini adalah kemaskini yang terbaru dan perlu diambil perhatian oleh ahli AVA untuk memastikan manuskrip mereka dapat diketengahkan kepada penerbit dengan lebih cepat.
Cara Menghantar Manuskrip :
1) Hantarkan terlebih dahulu sinopsis dan manuskrip anda untuk dinilai. AVA berhak menolak manuskrip ahli yang dirasakan kurang sesuai untuk dicadangkan kepada penerbit atau dirasakan bertentangan dengan etika dan kehendak penerbit. Tapisan akan dilakukan. TIADA emel akan menyusul anda kiranya anda tidak mengikuti peraturan ini. (sekiranya tiada jawapan dari AVA, sila semak semula emel yang telah dihantar oleh anda kepada AVA).
2) Hantarkan sinopsis dan manuskrip PENUH tersebut dalam bentuk attachment (selepas dari ini AVA menggunakan perkataan 'kepilan'). Jangan hantar alamat laman web untuk diklik.
3) Sila nyatakan tajuk, nama penulis, genre, katogeri remaja/dewasa dengan lengkap. Sekiranya ini tidak dilakukan, AVA tidak akan respons dengan emel anda. (AVA pernah mendapat emel yang menyatakan - 'Entah, cari sendirilah genre apa.'
4) Sila pastikan bahawa manuskrip anda telah disemak berulangkali untuk memastikan atau meminimakan kesilapan; termasuk dari segi ejaan, format dan sebagainya. AVA tidak akan melakukan sebarang edit kerana manuskrip anda akan diserahkan kepada editor penerbit lain untuk mereka tangani. Jadi, untuk memudahkan tugas mereka, sila pastikan perkara-perkara yang telah disebutkan.
5) Sila sertakan biodata lengkap anda. (Sila klik contoh biodata)
6) Sila sertakan cover letter penyerahan manuskrip anda kepada kami, untuk kami uruskan.
7) Sebarang urusan penyerahan manuskrip anda akan dimaklumkan melalu c.c kepada anda dalam emel yang dihantar kepada editor penerbit yang berminat dengan manuskrip anda.
Tujuan perkara ini adalah untuk proses penyediaan ahli AVA yang profesional dan bukan hanya menulis semahunya. Ada beberapa perkara yang WAJIB diketahui penulis dan perlu diambil berat agar dapat memudahkan kerja-kerja 'cadangan' manuskrip kepada penerbit.
AVA tidak menerima sebarang alasan, "Saya tidak tahu." Ignorantia legis neminem excusat. Tidak mengetahui peraturan/undang-undang adalah bukan satu alasan. Perkara ini mungkin dirasakan sukar, tapi kalau mahu cara sebenar menghantar manuskrip, ini adalah salah satu kaedahnya; dan AVA menggunakannya.
Genre yang dikehendakki akan dimaklumkan nanti.

0 comments:
Post a Comment