Wednesday, July 15, 2009

Prosedur Menarik Balik Karya

Ini adalah beberapa panduan untuk rakan-rakan yang ingin menarik balik karya yang telah dihantar kepada penerbit. Setelah berfikir-fikir, saya mengambil keputusan untuk menintakan entri ini supaya dapat dijadikan panduan kita bersama setelah beberapa kes yang saya terima daripada ahli AVA.

1. Hantar surat rasmi penarikan semula karya kita sama ada melalui pos biasa atau emel.

2. Tanyakan di peringkat manakah atau status manuskrip tersebut. Sekiranya masih dalam proses penyuntingan, maka cukup sekadar surat atau emel (rujuk 1). Sekiranya kulit luar, layout, setting dan positive film telah siap, maka segala kos untuk menyiapkan manuskrip itu harus ditanggung oleh penulis.

3. Hanya manuskrip asal sahaja yang akan dipulangkan.

4. Segala lay-out, kulit luar, positive film adalah menjadi hak penerbit dan tidak akan diberikan kepada penulis.

5. Pastikan tiada sebarang perjanjian yang telah ditandatangani sebelum menarik semula manuskrip.

* Setiap syarikat penerbitan mempunyai polisi yang tersendiri, harap dapat rujuk kepada pengurusan mereka tentang tatacara untuk menarik semula manuskrip tersebut tapi secara UMUM adalah seperti panduan di atas.

* Dalam kes saya (dengan PTS), manuskrip juga telah sampai peringkat positive film, dan proses seterusnya akan dihantar ke kilang percetakan. Saya ingin menarik balik manuskrip kerana tidak puashati dengan suntingan yang dilakukan. Tapi apabila memikirkan tentang masa yang telah diambil oleh syarikat tersebut, saya bersabar untuk sedikit masa lagi, saya biarkan sahaja dan akhirnya terbitlah novel tersebut.

* Dan kali kedua, kes yang sama berlaku, manuskrip tersebut sudah hampir dua tahun, apabila ditanya sudah banyak kali ia ditangguh, dari pesta buku 2009 ke bulan Jun/Julai, tapi masih belum ada apa-apa lagi. Baru-baru saya dihubungi oleh editornya dan menyatakan bahawa ia ditolak ke bulan Disember. Saya diam sahaja, kerana manuskrip itu sudah hampir dua tahun di tangan mereka.

* Manuskrip pertama saya, di tangan DBP selama dua tahun setengah baru terbit.

* Dengan Alaf21, hampir setahun baru terbit.

Jadi, saya berharap agar rakan-rakan semua dapat bersabar menantikan naskhah itu diterbitkan, kecuali keputusan sudah dibuat. Maka tiada pilihan, melainkan dengan panduan yang diberikan di atas. Wuallahua'lam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP