Wednesday, July 8, 2009

Diskusi di DBP : Cetak Rompak Digital Dalam Industri Penerbitan

Dari DBP

Saya ingin memaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Majlis Diskusi Intelektual pada 28 Julai 2009, di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, pukul 10.00 pagi. Tajuk diskusi ialah Cetak Rompak Digital dalam Industri Penerbitan. Pembicara yang diundang ialah Dr. Zahira Mohd. Ishan, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia.

Sehubungan itu, saya ingin mengundang rakan-rakan yang dihormati ke majlis tersebut.

Selain itu, diharap dapatlah kiranya rakan-rakan menguar-uarkan perkara ini kepada sahabat handai yang lain.

Kepada yang ingin menyertai majlis ini bolehlah menghubungi saya terus di talian 012 214 7665/03 2148 3005 atau melalui e-mel noraida2@dbp.gov.my.

Kesudian rakan-rakan untuk turut serta dalam majlis diskusi tersebut sangat dihargai.

Terima kasih.

Nor Aida Mohd. Salleh
Bahagian Hak Cipta
Dewan Bahasa dan Pustaka

Tel : 03-21483005
Faks : 03-21483504

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP