Tuesday, July 7, 2009

Karya E-Novel Anda Diciplak?

Dalam satu situasi :

A : "Karya aku kena ciplaklah, semalam aku tengok drama tu sebiji macam e-novel yang aku publish kat blog."

B: "Habis tu, apa tindakan kau lepas ni?"

A : (Hanya menggeleng)

Apa yang rakan-rakan faham mengenai dialog di atas ini? Atau barangkali ia pernah berlaku pada karya anda yang disiarkan di blog? Atau belum pernah berlaku dan tidak pernah ambil pusing tentang perkara ini? Atau tidak pernah terfikir langsung tentang perkara ini? Ya, jawapan itu ada pada diri masing-masing.

Persoalannya apakah agaknya yang akan dilakukan seandainya ini terjadi pada diri anda? Mahu saman? Sedangkan karya anda yang diciplak itu telah diubah sedikit dari plot e-novel anda, jadi bagaimana ya?

Jawapan anda :

"Saya telah meletakkan logo (C) pada blog saya." - Meletakkan tanda (c) adalah sesuatu yang bagus, tapi apakah ini menjamin bahawa karya anda tidak diciplak oleh sesiapa?

"Saya telah menulis tentang hakcipta ini di blog saya : Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada fulan bin fulan. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih." - Jawapannya sama seperti di atas, ia langsung tidak menjamin keselamatan karya anda. Ia hanya sebagai satu peringatan terhadap mereka yang menciplak, tapi sama sekali ia tidak menghalang karya anda dari diciplak.

"Saya telah mengenakan format untuk mematikan fungsi 'klik kanan' pada tetikus agar ia tidak boleh dicopy dan paste." - Meletakkan format atau html ini juga tidak menghalang ianya dari diciplak, kerana penggunaan ctrl + A, ctrl + C dan ctrl + V pada papan kekunci masih boleh dipraktikkan.

Jadi bagaimana? Apakah hak anda sebagai seorang penulis e-novel itu masih ada? Atau selepas ini anda menjadi tidak bersemangat untuk menulis setelah mengetahui perkara ini. Jawapan saya - sediakan payung sebelum hujan. Dalam bengkel khas yang akan diadakan oleh AVA berkenaan isu undang-undang dan hakcipta ada jawapannya, jadi jangan malu-malu untuk menyertai kem AVA. :)

Segeralah berdaftar dengan kami di sini.

3 comments:

LeaQistina July 7, 2009 at 7:14 PM  

adeh.. igtkan dh siap ada jawapan.. rupanya promo la.. keh3...

ok2.. akan diketahui jawapannya nnt.. hehe.. :p

Khar,  July 8, 2009 at 4:40 AM  

Haaa ... kena turunlan nanti masa bengkel cerpen nanti. Adalah jawapannya tu nanti kan? :)

LeaQistina July 17, 2009 at 2:09 AM  

Insyaallah... Niat di hati memang nak turun nanti. Jumpa di sana ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP