Tuesday, May 12, 2009

Hak Untuk Melihat Finat Draft

Memang penulis mempunyai untuk melihat dan menyemak semula final draf manuskrip yang telah diedit. Dan menjadi penulis juga untuk bertanya dan berbincang dengan penerbit atau editor tentang sebarang perubahan terhadapa manuskrip yang dihantar.

Dalam kebanyakan kes, biasanya penerbit akan menghantar final draf kepada penulis untuk dilihat dan disemak buat kali terakhir sebelum ianya diterbitkan. Tetapi kedapatan juga penerbit yang tidak menghantar final draf kepada penulis dan terus menerbitkannya tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penulis. Dalam perihal ini, penulis mempunyai hak untuk bertanya dan melihat final draf tersebut.

Namun ada juga kes-kes di mana penerbit tidak mempedulikan perkara ini dan terus menerbitkannya. Ada pula penerbit yang memberikan final draf itu, namun tiada apa perubahan yang dilakukannya walaupun penulis telah membetulkannya semula mengikut kehendaknya sebagai seorang penulis. Sebagai penulis, di sinilah pentingnya untuk mengetahui tentang perjanjian samada yang telah ditandatangani atau belum. Kisah perjanjian ini akan saya rincikan di dalam entri lain nanti.

Tapi kebanyakan penulis samada tidak tahu atau tidak pernah ambil tahu tentang perkara ini. Disebabkan terlalu ghairah untuk manuskripnya diterbitkan, maka perkara di atas tidak diambil berat. Terpulanglah kepada penulis untuk melihatnya samada ianya penting atau tidak bagi dirinya.

1 comments:

Ilmar Imia May 12, 2009 at 11:00 PM  

cmne nk tau samada perjanjian tu boleh digunapakai ataupun tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP