Thursday, May 14, 2009

Ejen Kepada Stephnie Meyer

Sumber Gambar : Cold Twilight

Siapa tidak kenal Stephenie Meyers, pengarang yang terkenal dengan kisah-kisah romance pontianaknya. Dan siapa pula yang akan melupakan watak Edward dan Bella dalam filem Twillight yang diadaptasi dari novelnya yang tersohor? Dan siapa pula yang tahu bahawa beliau juga mempunyai ejen yang menguruskan novel beliau sehingga beliau dikenali oleh satu dunia?


Jawapannya, beliau juga menggunakan khidmat ejensi yang menguruskan manuksrip beliau yang berjudul di atas. Dibantu oleh Jodi Reamer dari ejensi Writers House, takdir telah mengubah seluruh kehidupannya menjadi seorang pengarang yang terkenal.

Di negara kita, menurut satu sumber sudah ada ejensi manuskrip ini - di bawah dana dan tajaan DBP yang mencair manuskrip untuk terbitan DBP. Andainya begitu, maka kami adalah dalam pengkelasan ejensi swasta yang menawarkan khidmat yang serupa tetapi menawarkan manuskrip untuk penerbit yang berbeza dan tidak tertumpu pada satu penerbit sahaja. Tiada siapa yang boleh mengubah persepsi kita tentang 'ejensi' ini melainkan diri kita sendiri. Kesedaran awal itu haruslah bermula dari diri kita sendiri. Sikap pro aktif dan yakin diri adalah titik permulaan untuk mencapai piala kejayaan dalam berkarya.

Ramai penulis baru yang mempunyai bakat dalam berkarya, berdasarkan kajian rambang kami pada blog-blog e-novel yang tumbuh bagaikan cendawan. Jadi, kami di sini hanya menawarkan satu proses yang lebih efisyen dan berkesan dalam pengurusan manuskrip rakan-rakan penulis dalam menemukan penerbit yang sesuai dengan karya yang dihasilkan. Paling penting adalah kesedaran terhadap hak yang ada pada penulis dan karyanya. Mahukah rakan-rakan penulis manuskripnya diberikan pada penerbit yang mampu membawa ke mercu kejayaan. Maka, jawapannya adalah - kami adalah titik permulaan terhadap kejayaan itu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP