Wednesday, May 13, 2009

Persepsi Terhadap Ejen

Salam semua.

Tentunya ada pro dan kontra apabila kami ingin membangunkan usaha menjadi ejen kepada penulis dalam menguruskan manuskrip mereka. Tapi itu adalah perkara biasa yang terjadi dalam kehidupan kita semua. Cuba perhatikan kata-kata ini sebagai satu wadah yang boleh kita fikirkan bersama.

"An agent cannot sell a story that the author would never be able to sell. What an agent can do is sell it faster, and get better terms for it. Agents aren't magic; they can't make an editor buy anything. No agent has so much clout that he can force an editor to publish a bad story." ~ Lawrence Watt - Evans
Sumber ini dipetik dari laman web Literary Agent Lecture Notes

Di negara-negara barat, perkara ini bukan satu perkara yang baru. Ini kerana kesedaran terhadap pentingnya hak-hak penulis yang perlu dilindungi daripada gejala penipuan dan hak menurut perundangan yang sedia ada itu amatlah tinggi. Dan ejen mereka sudah mencapai taraf antarabangsa dalam pengurusan karya-karya yang dihasilkan. Ini menyebabkan karya mereka mampu bergerak jauh dari lingkungan negara mereka. Pun begitu, sistem perundangan di negara mereka pula tidak membenarkan buku-buku dari luar masuk dengan sewenang-wenangnya tanpa ejen yang sah dan mempunyai wibawa yang meyakinkan. Undang-undang untuk melindungi hak-hak dan kepentingan penulis di negara amat jelas dan ini sebabnya mengapa penulis di luar negara mampu hidup dengan mewah kerana adanya kesedaran terhadap undang-undang yang melibatkan karya mereka. Dan salah satunya adalah melalui pengurusan yang melalui ejen yang membimbing dan menjadi penasihat pada karya yang akan/ingin diterbitkan.

Ejen akan bertindak sebagai penasihat dan memantau segala pergerakan karya yang berada di bawah tangannya. Pelbagai perkhidmatan dan nasihat yang disediakan demi menjaga kebajikan dan hak penulis yang berdaftar dengannya. Di Malaysia, perkara seumpama ini masih belum berlaku dan belum berada di tahap profesional. Dan itu adalah salah tujuan kami mewujudkan entiti ini, sebagai penasihat, pembimbing dan memberikan khidmat secara profesional terhadap karya/manuskrip anda.


Bukti bahawa pentingnya ejensi yang menguruskan manuskrip anda adalah penulis tersohor JK Rowling (sila baca link ini dan lihat siapa nama ejen yang menguruskan manuskrip beliau) yang menulis novel Harry Porter. Siapakah yang tidak mengenali beliau yang kini merupakan seorang jutawan hasil dari penjualan novel dan filem-filem yang diadaptasi dari novel beliau. Apakah beliau mempunyai ejen yang menguruskan manuskripnya yang telah ditolak berkali-kali oleh penerbit? Jawapannya adalah YA!

Nama ejensi yang menguruskan manuskrip beliau adalah Christopher Little Literary Agency (sila klik senarai penulis ejensi ini) yang bukan sahaja menguruskan beliau tetapi juga beberapa nama pengarang yang biasa dilihat di rak-rak buku di premis menjual majalah dan novel. Nah, ini adalah contoh terbaik betapa perlu dan pentingnya ejensi dalam mengurus dan mempromosikan penulisnya.

Moga dengan penjelasan ini dapatlah memberikan sedikit sebanyak tentang fungsi ejen manuskrip dalam perihal menguruskan penulis-penulis yang berada di bawah ejensinya. Meskipun di Malaysia, kesedaran tentang perkara ini amatlah kecil skalanya, namun kami berharap dengan cetusan idea yang kami hamparkan ini mendapat sambutan daripada para pembaca dan penulis. Kerja ejensi itu adalah untuk memudahkan penulis dalam membantu untuk diterbtikan oleh mana-mana penerbit yang berwibawa, bukanlah hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan daripada penulis. Sebagai contoh lain, di negara kita sudah wujudnya agendi modelling, agensi mencari kerja, agensi mencari jodoh dan sebagainya. Kenapa tidak dengan dunia penulisan di tanah air kita?

Sila baca kes-kes rujukan di tanah air yang berkaitan dengan isu hakcipta penulis :

Kes 1- Novel Hartini - Aziz Afkar di Unikapts dan di Nisah Haron Online
Kes 2 - Abu Naim vs. Syarikat Delta (Sumber : Nisah Haron Online)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP