Bengkel Pembuatan Stanjak 8 Okt 2011
Alhamdulillah, syukurlah bengkel yang sudah tertangguh beberapa kali akibat masalah teknikal dan tarikh berjalan selamat dan lancar pada pagi tadi hinggalah ke petang. Berakhir pada jam 4.30 petang, lebih awal dari yang dijangkakan, termasuklah sesi bergambar. Ada juga beberapa peserta yang tidak hadir, namun ksambutan dan respons tujuh orang perserta yang hadir amat menggalakan.
Sesi dimulakan dengan penerangan serba ringkas berkenaan stanjak, falsafah dan pemakaiannya. Kemudian pembimbing tidak bertangguh, terus pada sesi praktikal cara bagaimana untuk melipat. Beberapa kaedah lipatan stanjak dipraktikan oleh para perserta, bagi memastikan mereka mendapatkannya. Di akhir praktikal, semua perserta berjaya menyudahkan kaedah lipatan yang dikongsikan oleh pembimbing.
Dam dua, bermulanya sesi 'penghasilan'. Bagaimana cara tradisi yang dilakukan oleh orang dahulu diterangkan serta dipraktikan, disamping beberapa cara atau kaedah lipatan moden sebagai satu perbandingan. Kain serta peralatan yang disediakan oleh AVA, dipergunakan sebaik mungkin oleh para perserta. Mujurlah pembimbing sabar meladeni pelbagai ragam orang pertama kali menjahit dan memegang jarum. Atas semangat perserta dan kesabaran pembimbing, mereka berjaya untuk menghasilkan stanjak yang diberikan nama Dendam Tak Sudah.
Keumdian pembimbing memperbetulkan kaedah lipatan serta memperbaiki mana-mana lipatan perserta yang kurang sempurna, hinggalah yang sebaik mungkin. Syukurlah perserta dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan mudah dan tenang. Meskipun ia tidaklah semudah yang dilihat, namun pembimbing amat berpuashati dengan respons dan hasil kerja para perserta.
Di akhir bengkel, pembimbing menyatakan bahawa siri kedua bakal diadakan kelak. Bengkel kali ini sebenarnya adalah bengkel ulangan yang pertama dahulu. Disebabkan sambutan yang menggalakan, AVA mengadakannya untuk kali kedua. Namun pada masa akan datang adalah siri sambungan dan kaedah lipatan stanjak yang berbeza akan dikongsikan, Insya-Allah.
Terima kasih kepada para perserta yang hadir, serta pembimbing yang datang jauh. Moga-moga tradisi dan warisan nenek moyang kita akan berkekalan dengan adanya bengkel yang sebegini, Insya-Allah.
Laporan bengkel yang lepas - klik sini.

0 comments:
Post a Comment