Tuesday, March 22, 2011

Kursus Singkat Gendang Silat (Irama Lagu Berjalan) 19-20 Mac 2011

Gambar kenangan dengan peserta

Sebetulnya ia sudah dirancang lama, perbincangan sudah hampir dua bulan sebelum. Namun hanya pada tarikh tersebut sahaja yang penceramah dari KGGK mempunyai kelapangan. Kebanyakannya adalah ahli Pertubuhan Seni Silat Sendeng M'sia yang bertapak di Muar, Johor. Majlis bermula pada malam 19 Mac (Jumaat). Penceramah dijemput oleh salah seorang peserta dari rumah dan terus ke dewan latihan. Malam itu tidak banyak yang dilakukan, hanya mengajar beberapa pukulan dan selak yang asas sebagai pengenalan. Hampir jam 12 malam barulah sesi pertama berhenti.

Keesokan harinya pula, latihan dijalankan secara intensif. Bermula jam 10 pagi hingga lewat malam, barulah majlis selesai. Masa yang ada tidak begitu banyak, maka para peserta dilatih tubi dengan giat supaya dapat mengingati pelajaran. Sementara seorang pemain serunai sudah boleh meniup dan ditambah sedikit lagu-lagu yang perlu dilatihkan apabila penceramah pulang. Seorang lagi alhamdulillah dapat juga mengambil nafas pada lewat tengahari. Teknik dan modul yang digunakan adalah bersesuaian dan dapat sedikit sebanyak memperkenalkan pukulan yang ringkas agar mudah difahami.

Pada malam tersebut, beberapa orang kuat Sendeng hadir untuk melihat perkembangan peserta. Alhamdulillah, di sesi tersebut para peserta dapat bermain muzik gendang silat, irama lagu berjalan dengan baik. Akan datang, sesi ini akan diadakan lagi, Insya-Allah. Kemungkinan dalam bulan April atau Mei.

Berita di blog salah seorang peserta : klik sini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP