Sunday, October 9, 2011

Bengkel Penulisan Novel Kanak-Kanak 9 Okt 2011

Barisan peserta yang hadir

Syukur alhamdulillah, bengkel yang berlangsung di IYC Cheras ini berjalan lancar dari mula hinggalah ke akhir. Apa yang paling membuatkan AVA teruja adalah penyertaan seorang adik yang hanya baru menjangkau 11 tahun dan mampu untuk menulis dengan baik. Kehadirannya membakar semangat peserta lain agar terus berkarya dengan gigih.

Bermula dengan sesi suaikenal yang ringkas, pembimbing, Puan Nisah Haron meneruskan pada sesi penerangan, falsafah dan mengongsikan pengalaman beliau dalam penulisan genre ini. Langsung dengan itu, beliau mengongsikan pengalaman penulis -penulis luar serta memberikan beberapa contoh karya yang kini masih bernyawa walaupun sudah berusia puluhan tahun. Kata-kata beliau yang sangat mengesankan adalah - 'Buku itu magik'. Maksud beliau adalah karya penulisan itu adalah sesuatu yang tidak terduga tahap pencapaian dan sambutannya.

Kemudian, beberapa orang peserta yang sudah mempunyai menulis juga turut mengongsikan pengalaman mereka agar dapat dimanfaatkan bersama. Menjelang sesi petang, sesudah rehat, peserta didedahkan pula dengan teknik penulisan, dan sesi praktikal dijalankan agar peserta dapat lebih memahami dan mendalami teknik penulisan novel kanak-kanak.

Syukurlah, sambutan terhadap bengkel ini amat menggalakan, mudah-mudahan ia akan berterusan serta mendapat sambutan daripada para pecinta ilmu dan penulis pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada pembimbing, para peserta dan mereka yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Wuallahua'lam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP