Gambar Kandid Bengkel Penulisan (Showing Not Telling)
Jadi, tiada gambar yang saya letakkan kata-kata, kita sama-sama cuba membaca apa yang dipamerkan tanpa memberitahu. Kata pujangga, 'gambar membawa seribu kisah.' Layan ...
Ada perkara yang membuatkan hati saya sangat tenang dan bahagia dengan apa yang sedang berlaku. Melihatkan ahli AVA sesama mengunjungi di blog dan meninggalkan kata-kata semangat atau pesan, membuatkan saya bertafakur sebentar dan bermohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar ahli-ahli AVA dapat mengenali sesama sendiri dan saling tegur menegur serta memberikan semangat dan perangsang dalam bidang penulisan yang sangat mencabar ini. Saya bersyukur amat.
Moga-moga silaturrahim ini dapat dikekalkan dengan amalan kunjung mengunjungi sesama ahli dan rakan-rakan penulis yang lain, amnya. Kita punya satu minat, iaitu menulis. Bergerak atas apa jua genre, itu tidak menjadi hal. Yang penting adalah perasaan kasih dan mempupuk semangat muhibah itulah yang terutama dalam segala hal. Dalam karya masing-masing tentunya ada tanggungjawab sosial yang disampaikan, dan bukan hanya sekadar imiginasi kosong semata. AVA hanyalah platfom yang bertindak dalam kapasitinya yang terhad dan atas keizinan Allah tentunya.
Rakan-rakan yang saya hormati, kita adalah generasi penerus dan pemyambung dunia penulisan. Ibarat helaian kajang yang putih, kitalah yang menentukan hala tuju penulisan untuk dipersembahkan kepada khalayak. Semuanya di hujung pena dan mata fikir kita. Kita yang bakal menentukan corak pemikiran dan pembacaan akan datang. Bagaimana? Itu terpulang kepada gerak hati masing-masing. Jadi, marilah kita fikirkan bersama.
IKLAN : Sewaktu bengkel baru-baru ini, ada beberapa gambar kandid yang saya ambil untuk suka-suka sahaja. Tiada apa-apa niat, hanya untuk kita mengukir walau seulas senyum, moga-moga mendatang idea dan ilham apabila hati gembira menatap gambar-gambar ini. :) Jangan marah aaa...
Nukilan Anne Kasih tentang bengkel penulisan 3.1.10
Cerita Kaseh Esmiralda pula.
Sila baca kisah Putri Lily dan pengalamannya.

4 comments:
Gambar akak takde(merajuk) :D
Ya. Semoga semua tidak patah semangat dalam perjuangan.
:)
Bersyukur dapat mengenali Khar & ahli-ahli AVA.
Ish! Bila masa pula yg dia petik gambar tu... :)Cantik pula posisinya... hahaha. (masuk bakul angkat sendiri)
memang ada seribu cerita disebalik setiap gambar...heheh...
Nisah buat apa tu? Tengah menari mak yong ke? Ha..ha..Nisah jangan marah, gurau saja.
Post a Comment