Tips Menulis Cerpen - Mengekonomikan Jumlah Halaman
Salam
Menulis cerpen adalah suatu seni penulisan yang memerlukan daya taakulan dan kreativiti penulis yang tinggi sebenarnya. Penguasaan plot, diksi, mesej, cara olahan dan penyampaian perlulah digarap sebaik mungkin untuk membolehkannya tersiar atau terpilih untuk dipertimbangkan.
Melalui bengkel yang sudah, saya mendapati kebanyakan penulis menghadapi masalah dalam menghasilkan jumlah muka surat yang dikehendaki. Kebiasaan majalah atau akhbar hanya perlukan antara 8 - 10 muka surat. Paling banyak pun 12 muka surat (untuk Dewan Sastera dikira boleh). Hanya dalam satu peraduan mengarang sahaja yang saya lalui, terpaksa menulis cerpen sepanjang 15 muka surat.
Baik, ini ada beberapa tips yang boleh dilihat sekiranya sesuai untuk digunakan :
1) Jumlah Watak
Biasanya saya hanya menulis dua watak sahaja yang akan menggerakan plot keseluruhan. Ini disebabkan apabila watak hanya dua, ia memudahkan saya menguasai watak-watak, mood penceritaan, plot yang dikembangkan dan lebih fokus. Andainya watak lebih dari tiga atau empat, ini adalah satu punca mengapa cerpen kita menjangkau hingga 15 halaman, malah kadangkala hampir 20 halaman. Sekiranya hanya satu watak sahaja, monolog akan berlaku. Cerpen jenis ini memerlukan kekuatan dialog, mood penceritaan, tema dan sebagainya.
2) Elakkan Dialog Yang Tidak Perlu
Kadangkala kedapatan dialog-dialog yang tidak diperlukan. Maksudnya, dialog tersebut tidak menggerakan cerita. Contohnya :
A - "Assalamualaikum, apa khabar?"
B - " Wa'alaikumussalam, baik. Kau sihat?"
A - "Sihat, cuma batuk-batuk. Macam malas nak pergi klinik."
B - " Ish, tak elok begitu."
Dan seterusnya dialog-dialog yang biasanya dipakai dalam penulisan novel. Tapi dalam garapan cerpen, tolong elakan.
3) Merangka Isi Atau Isu
Merangka isi atau isu yang mahu dituliskan juga dapat menyelamatkan cerpen kita daripada panjang berjela. Misalkan, dalam cerpen cukup satu atau dua isu yang ingin dikembangkan. Tidak perlu banyak. Isu yang banyak akan menyebabkan cerpen kita sekali lagi terjerumus ke dalam kancah berjela-jela.
4) Penggunaan Diksi
Penggunaan diksi yang tepat adalah salah satu cara untuk menyelamatkan cerpen berjela-jela. Diksi atau perkataan adalah satu perkara yang perlu diperhatikan oleh penulis dalam penghasilan cerpen. Garapan cerpen, amat memerlukan diksi yang tepat dan bersifat ekonomis. Tak perlu gunakan diksi yang panjang.
Contoh :
Ahmad mahu ke sana kerana di situ terdapatnya barangan yang menarik.
Ahmad ke sana kerana barangannya menarik. (Lihat, betapa kita dapat mengekonomikan ayat yang digarap)
5.) Membaca syarat yang dikehendaki oleh akhbar/majalah
Ini juga penting. Adakala akhar atau majalah tidak memaklumkan perkara ini, tapi seperti yang dikatakan kita kena agak-agak. 8 - 10 adalah yang sederhana dan memadai. Akhbar seperti Berita Harian (edisi hari sabtu) ada menyatakan jumlah baris yang diperlukan. Sila patuhi.
6.) Membaca karya orang lain
Membaca karya orang lain adalah sangat penting untuk membolehkan kita melihat dan meninjau bagaimana penghasilan karya cerpen tersebut.
Selamat mengarang dan menghantar cerpen rakan sekalian. Saya masih menanti karya ahli AVA tersiar di Berita Harian atau Mingguan Malaysia. :)
Teruskan! Selamat maju jaya!
p/s : Kepada rakan-rakan lain yang mempunyai pandangan dan kaedah untuk mengekonomikan cerpen, silalah berkongsi untuk manfaat semua.

4 comments:
like this very much ;D
Terima kasih AK. Tips yang sangat dinantikan. :D
Lea - harap digunakan dalam penukangan cerpen ya.
Ya , pasti . Ini peringatan yang berguna .
Post a Comment