Tuesday, May 10, 2011

Manuskrip Kanak-Kanak Dicari

sila klik gambar untuk ke laman web Aras Mega

Syarikat penerbitan Aras Mega Sdn Bhd sedang mencari penulis untuk novel dan bahan bacaan kanak-kanak. Kepada yang berminat dan mempunyai manuskrip, sila hantar sinopsis karya atau manuskrip penuh untuk tujuan penilaian dan diteliti.

Manuskrip haruslah original dan tidak mengandungi unsur plagiat dan menyentuh hal-hal sensitif serta tidak dicetak di mana-mana penerbitan lagi.

Sasaran pembaca adalah di sekolah menengah rendah, sekolah rendah dan prasekolah. Antara genre karya-karya yang diperlukan ialah:

1) Pengembaraan
2) Detektif
3) Nilai-nilai murni
4) Islamik
5) Fantasi
6) Dan lain-lain

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh diajukan melalui emel. Sila hantar sinopsis, manuskrip dan resume lengkap ke alamat: ainunl.muaiyanah@gmail.com.

p/s : AVA encadangkan agar menyemak dengan menghubungi pihak di atas terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat yang lengkap, terutama berkaitan dengan perjanjian : jumlah muka surat, cara menghantar, royalti dsb.

1 comments:

Unknown September 9, 2014 at 11:19 PM  

kena hantar dulu sinopsis atau kena hubungi dulu baru hantar?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP