Monday, November 16, 2009

Hasrat AVA

Selepas beberapa bengkel yang dianjurkan oleh AVA, AVA masih lagi dengan tujuan asalnya; yakni memasarkan manuskrip terutama, novel untuk ahli-ahlinya. Tetapi pada masa yang sama, AVA telah berbincang dengan beberapa editor senior dan berpengalaman dalam bidang penyuntingan untuk turut menyertai AVA dalam bidang tugas yang akan dilaksanakan sedikit masa sekiranya ada sambutan. Memandangkan konsep agensi sudah lari sedikit dari relnya, AVA merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk masuk ke dalam relnya yang asal.

Beberapa perbincangan diadakan sama ada melalui selfon, mahupun bersemuka. Persetujuan dicapai dalam erti kata AVA akan mengadakan sesi mentor mentee bagi mana-mana penulis yang mahukan karyanya disemak, dibedah, diberi cadangan dan segala yang berkaitan dengannya termasuklah dalam menerbitkan karyanya. Dengan itu, sedikit caj yang berpatutan akan dikenakan kepada mana-mana penulis, tidak kira ahli atau bukan. Sesuai dengan AVA yang bersifat bebas dan tidak tertakluk pada mana-mana badan, AVA merasakan ini adalah suatu keperluan sebelum AVA bergerak lebih jauh sesudah berdaftar kelak.

Ada beberapa perancangan yang besar akan dilaksanakan dalam kapasiti yang terhad ini kelak. Salah satu adalah AVA bercita-cita untuk memasarkan karya penulis sini ke luar negara dengan menghubungi agensi literari yang ada di sana. Sama ada berjaya atau tidak, ia bergantung juga pada sambutan ahli AVA dan penulis lain, amnya.

Sebagai langkah awal, sebab itulah AVA menganjurkan beberapa siri bengkel untuk mempersiapkan penulis ke arah itu. Jadi, kepada mana-mana penulis, ambillah peluang berbengkel ini dengan semaksima yang mungkin untuk dimanfaatkan. Selain itu, suatu masa nanti AVA akan jadi penerbit juga kelak, siapa tahu. :) Dengan itu hasrat AVA untuk menjadikan penulisan sebagai bidang yang selamat, insya-Allah tercapai hendaknya. Sebab itu jugalah, AVA mengadakan pelbagai bengkel penulisan khas untuk penulis yang bercita-cita dan serius menjadikan penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa, insya-Allah.

Semuanya AVA serahkan kembali kepada Allah sesudah berusaha kelak.

p/s : 1 - AVA ingin melihat penulis kita seperti di barat yang mampu menjadikan penulisan sebagai kerjayanya. Juga berangan-angan melihat penulis kita dapat bergerak ke mana-mana sama ada di dalam atau luar negeri untuk mencari bahan penulisannya.

2 - Bengkel asas penulisan cerpen dan lanjutan juga akan diadakan kelak bagi mereka yang berminat. Bengkel lanjutan akan membedah dan berdiskusi tentang isi cerpen (tiada lagi isu tentang format, font, penulisan dan sebagainya).

3 - Kepada mana-mana penulis yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat mentor, sila hantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com. Maklumat lanjut akan diberikan melalui emel.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP