Wednesday, July 29, 2009

Pro Dan Kontra Pertandingan Menulis

Salam ceria buat semua, semoga semangat kalian masih menjulang dan menyala dengan hebat.

Banyak sebenarnya isu seputar dalam pertandingan ini. Isu pro dan kontra tentang memenangi sesuatu pertandingan menulis adalah suatu yang perkara yang sentiasa berlegar di benak seseorang penulis dan juga amnya kepada semua penulis. Di sini saya senaraikan beberapa perkara untuk kita sama-sama fikirkan :

Pro :

1. Membina nama seseorang penulis - ini adalah isu yang selalu timbul dan menjadi garis sempadan kepada seseorang penulis itu mahu menghantar karyanya untuk satu-satu pertandingan menulis.

2. Mencabar diri - seseorang penulis yang menghantar karya untuk dipertandingakan akan dinilai oleh barisan panel penilai yang tidak dapat dinafikan lagi kredibilitinya. Terdiri dari penulis yang berpengalaman, pensyarah dalam bidang kesusasteraan danbadan kesusasteraan. Dengan ini penulis dapat mengetahui sejauh manakah kekuatan karyanya sama ada menang atau sebaliknya.

3. Karya diterbitkan - sudah tentu karya yang memenangi pertandingan akan diterbitkan (lazimnya) oleh penganjur pertandingan; dengan itu ktia tidak perlu bersusah-payah untuk mencari penerbit.

4. Dapat memenangi hadiah yang banyak, sekaligus merupakan batu loncatan bagi menarik lebih ramai khalayak dan penggemar karyanya.

5. Karyanya akan dibaca oleh orang ramai.

6. Menggerakkan diri seseorang penulis untuk terus berkarya. Kadangkala pertandingan dijadikan alat untuk memaksa diri sendiri agar menulis dan tidak putus asa.

7. Dikenali ramai di kalangan peminat buku dan penggemar serta penggiat dunia penulisan.

Kontra :

1. Isu royalti - Karya hanya memenangi hadiah untuk sekali sahaja, sedangkan karya yang diterbitkan oleh penerbit lain akan menerima royalti yang berterusan.

2. Isu Perjanjian - Setakat ini, tiada perjanjian yang ditandatangani dengan penganjur yang menerbitkan karya yang menang dan terpilih.

3. Kurang promosi - Meskipun acara atau pertandingan penulisan menarik minat ramai orang, namun amat kurang promosi sama ada mempromosi karya atau penulis.

4. Lahirnya penulis bermusim - Hanya menulis untuk tujuan memenangi pertandingan.

Akhir kalam, tepuk dada, tanya iman. Sama ada mahu memasukki pertandingan atau tidak, kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.

3 comments:

Ilmar Imia July 30, 2009 at 12:21 AM  

Bila bertanding bagi merebut gelaran 'TERBAIK', siapa yang menilai kriteria terbaik itu? Juri? Jadi, bukankah hanya juri itu saja yang menganggap sesuatu karya itu terbaik dan bukan satu dunia? Jadi, macam mana nak kata sesuatu karya itu terbaik?

Khar,  July 30, 2009 at 1:17 AM  

Ilmar - tapi cubalah masuk satu pertandingan untuk 'merasa'sendiri.

Ilmar Imia July 30, 2009 at 1:25 AM  

pertandingan menulis cerpen & puisi masa sekolah pnah la masuk. Dapat sijil je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP