Kenapa Menulis (Bahagian 2)
Salam Sejahtera semua...
Pernahkah kita memikirkan apa perlunya kita menulis? Adakah ia hanya sekadar meleraikan simpulan-simpulan rasa di jiwa? Atau mungkin kita menyampaikan apa yang tersirat di medan fikir mengenai sesuatu perkara?
Menurut pandangan ahli bijak pandai. Mereka menulis untuk melaksanakan satu proses mengingat dan mena'akul sesuatu perkara. Kita lihat sahaja hasil-hasil penulisan mereka. Buku-buku karya mereka akan dijadikan rujukan sepanjang masa. Mungkin tidak ramai di antara kita yang mengenali socrates, pluto ataupun Ibnu Khaiyam, Al-Kindi, Al-Khawirizmi. Tetapi, bagaimana kita mengetahuinya? Jawapanya hanyalah melalui tulisan orang-orang terdahulu. Jadinya tidakkah anda terfikir bahawa pentingnya penghasilan tulisan-tulisan yang akan menjadi sumber rujukan tentang pemikiran, ilmu dan juga peradaban semasa.
Persoalannya...
Apakah yang kita inginkan generasi kita tahu mengenai kita. Adakah ia hanya sekadar pemikiran tipis dan tidak menjanjikan sesuatu yang baik buat mereka. Pengajaran misalnya. Saya tertarik dengan novel "Seorang Tua Di kaki Gunung". Kalau di zaman persekolahan saya, novel ini dibahaskan di dalam matapelajaran sastera tingkatan empat.
Moralnya ialah penulis ini memperjuangkan suatu kebenaran meskipun ianya kian sepi dari jiwa anak milenium. Namun karya ini meninggalkan satu impak yang sangat besar dikalangan pembacanya.
Dan inilah sebenarnya antara tujuan kita menulis. Kita harus menyedari bahawa, kita punya tanggungjawab terhadap pembaca karya kita. Seandainya kita hanya bercerita laksana di kedai kopi maka, janganlah pula menyalahkan anak kita yang bersembang bagai di kedai kopi.
Oleh yang demikian, saya berpesan pada diri saya dan juga semua penulis. Janganlah kita menjadi cacian kepada generasi kita yang akan datang. Menulislah kerana anda punyai tanggungjawab terhadap masyarakat. Kita adalah insan terpilih sebenarnya untuk menyampai wadah pendidikan kepada masyarakat.
Ayuh! Majulah semua. Persiapkanlah diri anda selengkapnya. Kerana sebentar lagi anda akan melaksanakan misi yang penting dalam membentuk masyarakat Malaysia. Apakah kita mahu anak-anak kita melupai budaya mereka sendiri dengan mengagungkan karya orang luar. Buktikan kita juga punya sejarah budaya yang hebat. Sekali lagi INGAT kita adalah orang yang punya tanggungjawab besar terhadap masyarakat.
Menurut kajian, bahawa apa yang kita tulis itu adalah gambaran sebenar siapa diri kita. JUSTERU, berhati-hatilah dalam menyampaikan apa jua luahan hati kita melalui tulisan.

5 comments:
penulisan mampu menghuraikan keperibadian penulis?
alamak... dr citer2 yg pernah lea tulis, ada sesapa yg leh huraikan bagaimana keperibadian lea x? hehe...
abg khar mungkin ala2 jin2 dia kot... keh3.. jgn marah ek.. gurau je..
~LeaQistina
MC - saya setuju dengan pandangan saudara, hmmm ... dalam karya yang kita nukilkan, memang ada diri kita di dalamnya.
Lea - Heh, nanti aku hantar jin serang kau! hehehe
hmm.. tak tau nak komen apa sebab dah terleka dgn membaca..
Cuma..
kadang2 kesedaran yg sebegini tu ada hanya tak mampu terluah dgn baik kata.
Apa2pun lily setuju juga dgn pandangan MC. Sgt2 setuju.
~Putri Lily~
-Saya bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Macai Suci, kerana setiap patah dan lenggok penulisan itu terbit dengan sedar atau tanpa sedar dari pemikiran kita. Kita boleh menilai pelbagai perkara hanya dari sebuah novel terutama diri si penulis.Kadangkala tanpa sedar terbentuk satu corak psikologi berulang dari novel-novel yang ditulis, penulis mungkin tidak sedar tetapi pembaca yang peka akan nampak.
-Saya juga sangat bersetuju dengan kesedaran tanggungjawab penulis terhadap generasi, baik pada masa sekarang mahupun di masa hadapan. Novel "Seorang tua di kaki gunung" sememangnya novel yang kekal di hati kita.Namun saya kurang melihat senario kesedaran ini di kalangan penulis muda lantaran mungkin kurang kesedaran bahawa mereka sebenarnya di bahagian hadapan masyarakat.
-Lagi satu penulis juga adalah pencatit sejarah tanpa sedar, penulis tahun 80 an mungkin menyelitkan kehebatan Chow Kit Road, generasi sekarang mungkin menyelitkan KLCC dan Pavilion..sekurangnya jika kita sedar bahawa menjadi penulis bukan setakat kisah nama dan royalti, mungkin kita boleh menjadi penulis yang lebih 'bermakna'.
Maaf mencelah.
setuju jugak~~
penulisan mencerminkan peribadi seseorang. Kaseh pun nampak bila membaca novel orang.
Pernah dengar tentang Seorang Tua Di Kaki Gunung. seorang teman pernah mencadangkan Kaseh membacanya.
P/S : Konserto Terakhir tetap di hati =)
Post a Comment