Internal Thought Atau Dialog Dalam Hati
Soalan dari Maria Kajiwa
"Encik Khar, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan tentang soal 'internal thoughts' adakah ia perlu ditulis dalam font italik atau tidak? Setahu saya ianya perlu tetapi saya lihat pada novel ianya tidak. Jadi jika untuk manuskrip, bagaimana?"
Internal thoughts adalah percakapan yang diucapkan oleh pelaku atau khususnya watak dalam penceritaan (novel, cerpen, sajak). Dalam manuskrip berbentuk novel, ia bergantung kepada stail penerbit masing-masing.
Contohnya, DBP tidak menggunakan italic untuk dialog di dalam hati ini, ia masih dalam bentuk tulisan biasa tanpa apa-apa penambahan. Tapi sesetengah penerbit seperti Alaf21, membenarkan sama ada internal thought itu dibiarkan begitu sahaja ataupun sesetengah editornya menggunakan tanda bacaan ' '. Di PTS pula menggunakan tanda bacaan " " digunakan untuk dialog dalaman itu. Jadi, ia bergantung kepada stail penerbit. Masing-masing mempunyai alasan untuk perkara tersebut.
Sebagai penulis, cadangan saya ialah membiarkan sahaja dialog dalaman itu begitu sahaja. Kes ini akan diteliti oleh editor penerbit untuk menentukan sama ada perlunya pada penggunaan italic.
Jawapan oleh AVA
p/s : Secara peribadi penggunaan ' ' adalah lebih mudah untuk membezakan dialog yang diucapkan dalam hati atau dialog yang dituturkan.

5 comments:
Kebanyakan penerbit hari ini hanya membiarkan sahaja internal thought itu begitu sahaja sebagai sebahagian dari perkataan yang berasingan dari dialog..tapi ada beberapa pihak penerbit antaranya ialah NB Kara yang memang menggunakan tanda bacaan (' ') sebagai melambangkan pemikiran si watak.
Pendapat saya sendiri, sebagai penulis dan pembaca novel, saya tidak menggemari penggunaan tanda (' ') dalam novel. Ini kerana tanda (' ') hampir menyerupai tanda pembuka kata untuk dialog biasa ('' ''). Ia membuatkan kita keliru dengan dialog biasa. Dan terus terang saya katakan ia menganggu mood pembacaan saya untuk menghabiskan novel tersebut. Penggunaan italic untuk internal thought pula jarang berlaku pada masa sekarang ini...kecuali pada beberapa buah novel lama di rak saya yang dicetak sekitar tahun 80an oleh penerbit yang kurang dikenali.Harap-harap novel saya tidak diedit oleh editor yang suka menggunakan tanda pembuka kata seperti itu. Hehehe..
Terimakasih di atas penjelasan dari Encik Khar dan bersetuju dengan pendapat Anita.
Saya masih boleh menerima novel yang menggunakan tanda '' tetapi janggal dengan tanda " " kerana mengelirukan. Bagaimanapun sekarang rata-rata tidak bertanda. Selagi POV tidak mengelirukan ia tidak menganggu pembacaaan.
terimakasih sekali lagi.
Anita - kira nasib-nasiblah kita dapat penerbit mana. Dialog dalaman dalam salah sebuah novel saya pernah diletakkan tanda pembuka kata untuk dialog biasa (" " ). Dan ia sungguh kurang menyenangkan tapi itu sudah jadi stail mereka.
MK - Saya harap agar persoalan MK terjawab. Kita tunggu sahajalah, tengok deraf akhir kalau editor bagi kita untuk semak. Kalau mereka tak bagi, diam sahajalah bila sudah dicetak.
Salam, mengikut standard Gaya Dewan, penggunaan '' digunakan.
Tetapi saya lebih gemar menggunakan gaya fon italik, saya banyak terpengaruh dengan buku-buku popular barat seperti Thomas Harris dan beberapa penulis sai-fai yang banyak menggunakan "rasa hati" dengan fon italik. Harap maklum.
maksud saya: 'internal thought' bukan "internal thought" ok.
Post a Comment