Mencoret Kebenaran
Assalamualaikum Semua Rakan-rakan AVA,
Alhamdulilah bertemu sekali lagi kita di ruangan pemangkin ini. Dikesempatan ini saya panjatkan kesyukuran kepada tuan punya dunia ini kerana masih lagi diberi nafas bertemu kalian di ruangan ini. Alhamdulilah kita telah menjalani ibadah penyucian jiwa ini selama 17 hari di bulan Ramdhan ini dan diberitakan hari ini turunnya al-Quran kepada junjungan besar yang kita sayangi nabi Muhammad s.a.w dan dengan itu termaktublah kita harus mengikutinya sebagai penduan agar tidak sesat di alam fana ini.
Sehubungan dengan ini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan kalian semua dalam persoalan berkata benar. Menurut hadis daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya benar membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa kepada syurga, dan sesungguhnya seorang yang benar sehingga ditulis Allah sebagai ahli yang benar."
Benar adalah sifat yang mulia yang seharusnya ada pada diri kita (saya berpesan pada diri saya) terutama yang di katakan penulis kerana pena penulis adalah umpama mata pedang yang tajam walau tidak perlu ke medan perjuangan namun dek kerana tulisan akan dapat membunuh seseorang, samada tulisannya berpandukan kebenaran, pandangan, sangkaan dan kefahaman. Juga niat penulis samada menaikkan atau menjatuhkan.
Benar ini berkait rapat dengan Siddiqin sebagaimana Nabi s.a.w mengiktiraf Saidina Abu Bakar yang membenarkan kata-kata nabi walaupun tahu yang dia akan menerima risiko akibat mengiyakan perjalanan israk mikraj nabi s.a.w.
Benar terbahagi 3 bahagian:
1. Benar hati dan iktikad - bahagian ini merupakan yang paling sukar untuk dilakukan kerana tidak akan terlihat melalui perbuatan dan perkataannya. Ianya banyak bergantung kepda niat dan niat ini banyak berkait dengan hati hati pula merupakan raja atau pemerintah kepada seluruh anggota badan. Bahagian inilah yang akan bertukar-tukar antara iman dan nafsu. Jadi berlatihlah selalu agar hati sentiasa dipagari dengan iman.
2. Benar perbuatan - Setelah bahagian yang pertama selesai dilakukan dengan istiqamah maka bahagian ini tidak terlalu sukar kerana ianya akan terpancar mengikut perintah raja(hati).
3. Benar perkataan - Juga bergantung kepada kuatnya hati(iman) menentang musuh nombor satu manusia(syaitan) yang mengawal nafsu.
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama memacu kebenaran didalam setiap penulisan kita walaupun benar itu pahit namun jangan terus ditinggalkan kerana tidak semestinya manis itu penawarnya.
Insyallah bertemu dilain perkongsian ilmu.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
-abg bro-

2 comments:
Bro - terima kasih atas pesanan dan peringatan.
insyallah kita sama berpesan-pesan..mana yg baik jadikan panduan mana yg tak jadikan pedoman...
Post a Comment