Tuesday, October 27, 2009

Agensi Villa Aksara: Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama TV - 2010


Alhamdulillah, saya baru menghubungi rakan saya Shahrul Ezad Md Din, seorang pengarah dan penulis skrip yang terkenal dalam bidang beliau ini. Kalau sdr/sdri ingat drama Cinta Si Penggali Kubur, Enot, Sindarella, Antara Garisan dan sebagainya, terkini drama Tari Tirana yang masih ditayangkan di televisyen - itulah antara drama arahan dan skrip drama beliau. Sebenarnya banyak lagi.

Walaupun beliau amat sibuk dengan penggambaran di sana-sini, namun beliau akan turun padang juga apabila berkelapangan kelak (dijangkakan awal tahun hadapan). Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat harap dapat menempah awal. Sila emelkan nama, alamat rumah, no selfon ke - ejenmanuskrip@yahoo.com. Tarikh akan dimaklumkan kemudian melalui sdr/i kelak.

Bengkel yang diadakan nanti akan dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama akan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan format dan teknikal. Sesi kedua pula akan lebih kepada perbincangan/kelas/pengalaman. Menurut beliau lagi, beliau sedang mencari bakat-bakat baru dalam bidang penulisan skrip drama ini. Malah beliau berkesanggupan untuk membimbing sesiapa kelak yang terpilih sebagai protege beliau. Banyak lagi yang beliau perkatakan, tapi itu RAHSIA, hanya mereka yang menghadiri bengkel ini kelak sahaja yang akan tahu. :)

Tarikh : Akan dimaklumkan kemudian
Perserta : 15 orang sahaja (hanya 15 emel terawal sahaja)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras
Masa : 9 pagi - 4 petang
Yuran : RM 150.00 (bayar semasa daftar bengkel)

* p/s : Sekiranya dapat sambutan, bengkel kedua akan menyusul kelak (bergantung pada kelapangan dan masa Shahrul Ezad).

Laman web Radius One - sila ke sini untuk melihat drama hasil penulisan dan terbitan beliau.

7 comments:

Ilmar Imia October 29, 2009 at 12:31 AM  

pnah gak menyimpan hasrat utk jadi penulis skrip & pnah gak diberi peluang utk buat skrip tp tension sebab terpaksa tulis ikut idea org...huhu

Khar,  October 29, 2009 at 1:40 AM  

Lea dan Ilmar - lambat, tinggal! :)

LeaQistina October 29, 2009 at 3:09 AM  

AK - adoi! tak berani nak tempah tempat banyak-banyak takut nanti sedih sendiri. huhu~ insyaallah, mungkin lain kali :(

milamiela December 14, 2009 at 4:33 PM  

Jauhlah kat KL tak nak buat kat JB ke?....

AVA December 15, 2009 at 1:28 AM  

Normila, kalau anda dapat mengadakan perserta seramai 15 orang, AVA sanggup turun ke JB.

AVA December 15, 2009 at 1:29 AM  

dapatkan tarikh dan tempat yang sesuai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP