Pengurusan Masa
Assalamualaikum,
Alhamdulilah bertemu kita sekali lagi di SidangPemangkin. Diharap lebaran yang lepas banyak meninggalkan kenangan yang terindah buat saudara/i semua, terutama bila dapat bersama keluarga tercinta. Abg Bro (untuk penulisan yang akan datang saya akan menggunakan nama ini) juga dapat merasakan keceriaan saudara/i.
Memang setelah lama fizikal kita bercuti atau berehat minda juga turut sama berehat dan kadangkala rehatnya minda sehingga membuatkan kita malas untuk berfikir apa yang akan dilakukan seterusnya. Apatah lagi bila minda mula menggamit malas, makhluk ini akan menghantar mesej ke seluruh sistem badan untuk turut serta bermalas-malasan, tambah-tambah iblis sudah terlepas dari ikatan?.
Nah! untuk itu kita perlu bangkit semula dan sentiasa berfikir ke arah positif. Sehubungan dengan itu Abg Bro ingin berkongsi ilmu dengan saudara/i mengenai apa yang Allah telah firmankan di dalam surah al-'Asr ayat 1-3 yang bermaksud "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Ayuh! Rakan-rakan AVA bangkit dan berjuang kerana perjuangan anda dalam penulisan amat diperlukan, saudara/i adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk berjuang di dalam penulisan, tidak semua orang mempunyai bakat seperti anda. Gunakan kesempatan masa yang diberi untuk perjuangan yang hakiki (Abg Bro juga berpesan untuk diri sendiri).
Akhir kalam daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya:
"Rebutlah lima peluang sebelum datangnya lima: Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum fakirmu."
Insyallah kita akan bertemu dilain penulisan.

7 comments:
Terima kasih atas saranan, cadangan dan nasihat yang diberikan oleh Abg Bro, mudah-mudahan kita dapat manfaatkan dari entri ini.
macam mana kita nk tau yg kita ni berbakat ke tak dlm penulisan? Coz ada yg suka crita kita dan tak kurang jugak yg mengutuk :(
Salam,
Ilmar, itulah lumrah dunia. Mana ada benda atau perkara yang disukai oleh semua. Biar baik macam mana sekalipun, akan ada juga yang akan mengutuk atau mengata. Jadi terimalah seadanya. Tapi bab soalan Ilmar tu, Lea pun nk join tanya. Macam mana ek nak tahu? huhu...
Abg Bro, kadang-kadang bukan malas jadi punca tapi kekangan yang ada tu terlalu hebat sehinggakan tidak mampu lagi mencari ruang masa untuk menulis atau sebagainya. Mungkin ini kedengaran seperti alasan, tapi itulah hakikatnya. Mungkin juga Lea sendiri masih lagi mentah dalam menguruskan masa sendiri, moga ada penambahbaikan yang mampu Lea lakukan sempena Syawal yang mulia ini. Insyaallah.
Apapun, terima kasih atas perkongsian yang cukup bermakna ini. (^_^)V
SELAMAT HARI RAYA
ikhlas;
LeaQistina
Ilmar dan LQ - Jawapan abg Khar begini, nanti kamu berdua jawab sendiri ya. Kenapa kamu ada makanan yang kamu suka dan ada yang kamu tak suka? Kisah supaya semua orang suka kerja/tulisan kita itu memang hak mereka sebagai pembaca untuk menilai. Kita jangan ambil hati sangat, anggaplah ia sebagai suatu yang membina, mendesak, menggerakkan kita dalam usaha penulisan yang lebih baik dan mantap.
Kalau orang suka baca tulisan kita, kita bersyukur atas izin Dia, kita garap lagi cerita yang sedap (bukan hanya kita sahaja yang rasa sedap), kalau orang mengutuk tulisan kita, kita perbaiki seberapa terdaya yang mungkin, tapi untuk membuatkan semua orang suka pada tulisan kita, itu kita serahkan pada Allah, yang penting kita sudah usaha, ikhtiar, selebihnya bertawakkal.
Dan soal ada bakat atau tidak, kalau boleh AK cadangkan begini, ada orang suka dan tidak suka - maknanya memang kita ada bakat dalam penulisan. Kalau orang tak kata suka pun tak, tak kata tak suka pun tak, ini lagi kita buat kita termenung. Biarlah sama ada orang suka atau kutuk, sekurang-kurang ia membuatkan kita terfikir bahawa bakat yang ada ini harus dipertajamkan lagi. Cara dan bagaimana?
Kita fikir pula, skop dan pengkhususan penulisan berkenaan apa? Novel kita fasal apa? Atau novel kita biasa-biasa sahaja? Atau karya kita sama sahaja macam yang ada dalam pasaran / klise? Atau kita mahu berfikir bahawa aku mesti sesuatu yang berlainan dan bermakna. Begitulah pendapat saya.
AK,
Lea setuju. Lebih baik org kutuk hasil kerja kita dari orang diam saja. Kalau diam je, kita pun xtau org baca ke x tulisan kita. hehe...
Bab bersyukur tu Lea stuju sgt2. Org sudi baca pun Lea dh cukup syukur, apatah lagi org sudi bagi pandagan n pendapat utk kita perbaiki diri... walaupun dlm cara yg kurang sesuai...(mengutuk)
LeaQistina
Lea dan Ilmar - Karya sasterawan negara pun orang kritik, apatah lagi karya kita yang baru hendak bermula. Jadi tidak mengapalah karya kita dikritik.
Adik2 penulis sekelian jgn risau dek kejian kerana tak luak kita dek kejian dan jgn leka dek pujian kerana leka yg akan membuatkan kita terlena.
Pegang ckp abg bro ne, sebanyak mana pujian yang kita terima atas usaha kita sebanyak itulah juga kejian yg datang.
Nanti dilain keluaran Abg Bro akan cerita pasal DUIT...
Post a Comment