Monday, August 31, 2009

Salam Penulisan

Assalamualaikum...

Apa khabar semua ahli2 AVA? Semoga keredhaan Allah mengiringi setiap detik perjalanan ahli2 semua terutama dalam menyambut Ramadhan Al Mubarak bulan yang penuh bermakna buat kita hamba-NYA. Juga salam pengenalan dari sidang pemangkin buat teman2 rakan penulis. Ini merupakan coretan saya yang julung kali di pojok ini. Alhamdulilah Allah jualah kekuatan ini saya serahkan dan ini juga setelah perbincangan panjang lebar saya dengan pengendali AVA mengenai perjalanan dan arah tuju AVA.

Rumusan yang dapat saya coretkan ialah AVA mempunyai hala tuju yang ada kejelasan dan keyakinan serta arah tuju terutama dari sudut fikiran pengendali AVA. Juga yang dapat saya simpulkan ialah setiap ahli AVA juga harus mempunyai hala tuju yang jelas serta memberikan sepenuh perhatian dalam setiap penulisan yang akan dibuat tidak kira sama ada kita melakukan secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Saya akan tinggalkan ahli AVA semua buat seketika dengan kata-kata popular 'manusia yang gagal merancang adalah manusia yang merancang untuk gagal' . Insyallah kita akan lebih kerap bertemu di ruangan ini selagi Allah memberi keizinan buat saya menulis kerana saya juga mengendalikan syarikat saya sendiri dan juga selagi mendapat mandat dari pengendali AVA untuk mengendalikan ruangan pemangkin ini.

7 comments:

Anonymous,  August 31, 2009 at 9:05 PM  

Terima kasih atas kata-kata semangat yang sdr berikan pagi ini.

ahadancoach September 1, 2009 at 12:29 AM  

sama2 insyallah kita saling sama2 ingat mengingati

Anonymous,  September 1, 2009 at 4:24 AM  

terima kasih...

Farahusain September 1, 2009 at 6:06 PM  

'manusia yang gagal merancang adalah manusia yang merancang untuk gagal' -- terima kasih atas kata-kata ini. insya-allah, saya akan cuba untuk tidak menjadi manusia yang gagal. :)

Putri Lily September 1, 2009 at 10:14 PM  

Wa'alaikumsalam dan salam Ramadhan buat sdr juga.

Terima kasih dengan kata2 semangat yg diberi. Lily juga akn cuba mencapai matlamat utk berjaya menjadi diri sendiri dan bukan berjaya kerana meniru utk menjadi seperti org lain. Insya-Allah.

Selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua.

*Tidak muncul bukan bermakna tidak ada.

~Putri Lily~

ahadancoach September 2, 2009 at 7:59 AM  

buat farah dan lily..teruskan usaha anda berdua insyallah jika kita fokus kita akan berjaya..pastikan kita akan jadi magnet utk menarik apa yg kita mahukan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP