Jawatan Kosong dalam Syarikat Penerbitan (di Johor Bahru)
Kami adalah sebuah syarikat penerbitan yang baru beroperasi di selatan tanah air. Lokasi pejabat kami terletak di Larkin, Johor Bahru (di belakang pusat pameran Mutiara Motor). Waktu pejabat Isnin-Jumaat, 9pagi - 5.30petang.Tiga (3) kekosongan di bawah dua (2) jabatan di dalam syarikat kami perlu diisi segera (ASAP). Butir-butir adalah seperti berikut:
1. Jabatan Editorial (Tetap atau Kontrak 3 bulan)
1.1.Editor Perolehan (Acquisition Editor)
Bidang Tugas Editor Perolehan:
* Banyak tugas dilakukan di LUAR pejabat.
* Rancang konsep dan judul buku.
* Menjaga hubungan syarikat dengan penulis.
* Mengurus manuskrip yang dihantar oleh penulis kepada syarikat.
* Menyunting manuskrip secara asas.
Syarat Kelayakan Editor Perolehan:
* Memegang ijazah dalam bidang berkaitan.
* Lelaki.
* Bijak berkomunikasi dan peramah.
* Aktif dalam kokurikulum dan kepimpinan diberi keutamaan.
* Minat membaca buku.
* Mahir menulis dalam Bahasa Melayu.
* Minat dalam dunia penerbitan.
* Suka bekerja berkumpulan.
* Punya kenderaan sendiri.
1.2. Editor Pengurusan
Bidang Tugas Editor Pengurusan:
* Banyak tugas dilakukan di DALAM pejabat.
* Menyunting manuskrip secara keseluruhan.
* Menguruskan perhubungan syarikat dengan pencetak
Syarat Kelayakan Editor Pengurusan:
* Memegang ijazah dalam bidang berkaitan.
* Calon perempuan diberi keutamaan.
* Mahir menggunakan sofwer Adobe InDesign paling utama.
* Mahir Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop sekadar bonus.
* Mahir membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
* Minat dalam dunia penerbitan.
* Suka bekerja berkumpulan.
* Sanggup bekerja secara multi-tasking.
2. Jabatan Grafik (Tetap/ Kontrak/ Sambilan/ Praktikal)
2.1. Jurugrafik
* Kelayakan minima adalah sijil dalam bidang berkaitan,
* (Graduan jurusan lain dipertimbangkan, bergantung pada portfolio design)
* Minat mendalam terhadap seni grafik paling utama.
* Mahir menggunakan Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.
* Berbakat dalam fotografi sekadar bonus.
__________________________________________________________
Kelebihan menyertai pasukan kami:
* Kami menawarkan cabaran kerja (kehendak pasaran) yang tiada di tempat lain.
* Anda bebas berkarya di bawah arahan kreatif yang mudah difahami.
* Menghasilkan portfolio yang berkualiti demi masa depan dalam karier.
* Mengasah bakat sedia ada dan meneroka bakat lain dalam diri.
* Anda bebas berkarya di bawah arahan kreatif yang mudah difahami.
* Menghasilkan portfolio yang berkualiti demi masa depan dalam karier.
* Mengasah bakat sedia ada dan meneroka bakat lain dalam diri.
Berminat? Hantarkan segera CV / resume ke al.irfan.jani@gmail.com
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 010-2265356 (Irfan)
Calon yang telah disenarai pendek akan dihubungi segera.
1 comments:
nombor utk dihubungi tu salah ke?
Post a Comment