Peringatan Terakhir Untuk Peserta Bengkel
Kepada peserta bengkel penulisan cerpen yang akan diadakan pada 18 Oktober ini, harap dapat menghantar cerpen anda dalam masa 4 hari ini. Selepas dari tarikh ini, anda harus menghantar sendiri kepada Puan Nisah dalam bentuk hard copy dan memfotostat sebanyak 15 salinan untuk peserta lain sewaktu bengkel nanti.
p/s : Dalam diam-diam, saya terfikir sejauh manakah keseriusan kamu dalam menimba ilmu penulisan.
p/s : Dalam diam-diam, saya terfikir sejauh manakah keseriusan kamu dalam menimba ilmu penulisan.
4 comments:
Salam AK,
bukan tak serius tp kdg kala Lea kalah dengan situasi semasa. Insyaallah Lea akan cuba hantar cerpen tu selewat-lewatnya esok. maaf andai telah menyulitkan AK untuk menyelesaikan tugas sepenuhnya.
salam lebaran.
~LeaQistina
LQ - Salam. Jangan mengalah pada masa, dan jangan sesekali jadikan 'masa' sebagai 'musuh' kita. Jadikanlah 'masa' sebagai teman akrab agar dapat diketahui rahsia mengendalikannya.
Perkara ini sebenarnya remeh tapi harus dilatih dari sekarang kerana akan datang anda bukan akan menghadapi pelbagai permasalahan yang menuntut seribu kesabaran untuk dihadapi. Jadi, kalau masa dijadikan sebagai 'musuh', nanti dia akan menyembunyikan rahsianya. Akan datang komitmen kamu lebih tinggi dan banyak, dan di manakah harus diletakkan semangat dan minat menulis yang sekarang ini berkobar-kobar ya?
Nasihat ini untuk diri saya dan juga rakan-rakan AVA yang lain. Terima kasih.
hait.. baiklah... terima kasih atas nasihat yang diberikan :)
Lea - Masa tidak akan menunggu kita, kita yang harus mengejarnya bersungguh-sungguh. Insya-Allah kita saling ingat mengingati.
Post a Comment