Baca dan Fahami Setiap Klausa Perjanjian Penerbitan Anda
Sekadar berkongsi pengalaman...
Hampir setahun yang lalu, saya ditawarkan untuk menerbitkan novel oleh sebuah syarikat penerbitan yang beroperasi di Kuala Lumpur. Saya sangat taksub apabila mendapat tawaran itu memandangkan manuskrip saya sudah beberapa kali ditolak oleh 2 buah syarikat penerbitan yang berlainan. Alasan mereka, karya saya kurang sesuai dengan konsep syarikat mereka. Jika saya mahu karya saya diterbitkan, saya perlu menukar jalan ceritanya mengikut konsep syarikat mereka. Tetapi saya tidak mahu. Jadi, saya cuma menyimpannya dan kemudian memaparkannya di blog.
Dan melalui bloglah, syarikat M menawarkan saya untuk menerbitkan novel saya itu. Pada mulanya saya berasa sangsi kerana saya tidak pernah mendengar nama syarikat M dalam dunia penerbitan novel. Saya pernah bertanya kepada beberapa orang rakan mengenai tawaran syarikat ini. Ada yang kata tidak tahu, ada yang kata syarikat ini memang wujud dan ada juga yang menyarankan saya mencuba. Selepas berkali-kali syarikat ini menelefon saya untuk mendapatkan manuskrip, akhirnya saya terima. Pada fikiran saya, mungkin ini pembuka tirai buat perjalanan saya dalam bidang ini.
Sepanjang tempoh itu, saya dan syarikat M cuma berhubung di telefon dan emel memandangkan waktu itu saya berada di kampung sementara mendapat kerja baru selepas diberhentikan kerja atas faktor kewangan syarikat. Pada mulanya, syarikat M memberitahu yang novel saya akan menjengah pasaran pada bulan Mac ataupun paling lambat April 2009. Tak lama selepas itu, editornya memberitahu saya yang novel saya akan diterbitkan pada bulan Jun pula. Okey, tak apa. Saya tunggu bulan Jun. Dalam pada itu, saya juga pernah meminta untuk melihat pruf akhir kerana setahu saya penulis ada hak untuk melihat pruf akhir sebelum dicetak tapi emel saya tidak dibalas.
Hujung bulan Julai, saya sudah hilang sabar memandangkan saya tidak diberitahu apa-apa berkenaan novel saya yang kononnya akan diterbitkan pada Jun 2009. Apabila saya menelefon, tiba-tiba editor itu menyuruh saya menandatangani perjanjian penerbitan yang baru kerana perjanjian lama sudah tidak boleh pakai. Atas nasihat Abang Khar, saya meminta surat tunjuk sebab mengapa perlu ada perjanjian baru. Namun, editor itu mengatakan tidak ada apa-apa yang diubah kerana pihak pengurusan cuma mahukan perjanjian yang lebih formal. Tetapi apabila saya melihat perjanjian yang baru itu, ada beberapa klausa yang telah diubah.
Saya beruntung kerana mempunyai bos yang baik hati dan sudi membantu saya dalam masalah ini. Menurut bos saya yang juga mengusahakan syarikat penerbitan, ada beberapa klausa dalam perjanjian itu yang boleh dipertikaikan dan kebanyakan klausanya lebih memihak kepada penerbit. Sekarang baru saya sedar kerana dulu saya kurang mengambil berat akan perkara ini. Main sain saja. Saya tahu Tuhan sedang menolong saya kerana itu ditakdirkan adanya perjanjian baru agar saya lebih teliti dalam soal perjanjian penerbitan. Justeru, saya lebih teliti sebelum menandatangani perjanjian yang baru ini.
Kepada penulis baru khususnya, sebaik-baiknya dapatkan nasihat orang yang arif dan tahu mengenai perjanjian penerbitan sebelum anda menandatanganinya. Baca dan fahami setiap klausa yang terkandung dalam perjanjian tersebut agar anda tidak berputih mata di kemudian hari.

4 comments:
Emi,
Terima kasih kerana berkongis pengalaman anda bersama ahli. Saya sendiri mempunyai pengalaman apabila menawarkan penulis untuk terbitkan di syarikat tempat saya bekerja, semua sudah siap, tup...tup bos kata tak terbit tahun ini. Saya tergamam, dan menyatakan perkara tersebut kepada rakan kita juga. Disebabkan saya yang memantau perkembangan novel tersebut, maka saya tahan dulu dari menghantar kepada penulis apa-apa perjanjian. Saya fikir, penulis boleh ambil semula begitu sahaja.
Rupa-rupanya ada kos yang perlu dibayar. Saya termenung sekali lagi, dengan berat hati menyatakan kepadanya bahawa ada kos untuk mengambil semula manuskrip tersebut. Saya tidak berpuashati, selalu saya bertanya bila mau terbit kepada bos. Akhirnya, pada bulan lepas, bos mengatakan insya-allah ekonomi dijangka akan pulih pada 2010, dan akan diterbitkan pada tahun hadapan. Saya terdiam, tapi buat masa ini, itulah pilihan yang terbaik yang ada.
Selepas dari peristiwa itu, saya tidak menawarkan lagi dah kepada mana-mana penulis untuk terbit di tempat saya bekerja. :(
Hasrat hati mahu menolong rakan-rakan penulis, tapi begitulah yang terjadi. Akhirnya, rasa kecewa mendorong saya untuk membuka AVA, dengan harapan dapat membantu rakan-rakan untuk menerbitkan karya mereka. Setakat ini, AVA cuma mampu bertindak sebagai orang tengah sahaja. Tidak lebih dari itu. Tapi saya yakin bahawa yang terjadi itu juga ada hikmahnya. Mungkin andai tidak berlaku tersebut, AVA tidak akan wujud. :)
perkara yg sama berlaku pada saya..
tanpa hitam putih, tanpa surat perjanjian, saya berusaha meminta dua manuskrip saya yang tertangguh tidak diterbitkan sejak tahun 2007 lagi. Mulanya saya menyangka selagi saya tak menyain apa-apa surat perjanjian maka manuskrip itu adalah hak milik saya sepenuhnya dan saya berhak memintanya kembali. Tapi apa yang berlaku sungguh mengecewakan apabila permintaan saya tidak dilayan dan mereka enggan menyerahkan manuskrip tersebut dgn pelbagai alasan.
Saya hampir menangis kerana kecewa dan pernah berbincang dgn pihak KN (big boss) meminta nasihat ttg manuskrip saya yang berada di tangan satu pihak tanpa apa-apa inisiatif utk diterbitkan.BIla saya diberitahu sukar mahu mengambil manuskrip saya kembali, terasa kekecewaan saya bertambah.
Mereka memberi janji demi janji tapi tak mampu menunaikannya..akhirnya saya nekad, sya menghantar beberapa email yg agak keras bunyinya dan berterus-terang dalam telefon untuk meminta manuskrip sy kembali stlh mereka menyimpannya hmpir dua tahun lamanya. Itupun saya lakukan begitu setelah kebanyakan email2 saya tidak berjawab dan panggilan telefon saya sukar untuk dilayan.
Sudah letih saya berjuang untuk mengambil apa yang menjadi hak saya. Tapi syukur allah mendengar doa saya, dan usaha saya berhasil. salah sebuah manuskrip saya setuju dipulangkan tanpa apa2 syarat. tp saya gagal mengambil satu lagi manuskrip dgn alasan, pelbagai kerja2 suntingan, layout dan sebagainya telah selesai..hnya menunggu masa utk print (setelah setahun dikatakan akan terbit??)..dan mujurlah ianya terbit juga tahun ini setelah setahun menanti..tp anehnya sukarnya nak menemui novel ini di mana-mana..seolah ianya tidak wujud sama sekali dan hanya diprint untuk menjaga hati saya dan mengelakkan saya berkeras mengambilnya kembali.
sehingga sekarang pengalaman ini membuatkan saya sukar mahu mempercayai orang lain..kekadang yang bermulut manis dengan kita itulah yang paling saya takut dan fobia untuk percaya...maaf atas luahan perasaan saya ini. saya cuma mahu berkongsi rasa dengan anda-anda yang bakal menjadi penulis tak lama lagi (insya allah)..memang tidak pernah ada jalan mudah untuk mencapai cita-cita kita.
waktu itu saya berjuang seorang diri sebab saya tidak langsung mengenali penulis2 lain untuk meminta nasihat. tapi keadaan anda2 berbeza dengan saya dulu. Sekarang anda sudah ada AVA dan mengenali ramai teman-teman yang sealiran dan mempunyai satu matlamat. Satu saja pesan saya, berhati-hatilah memilih syarikat penerbitan anda...
Abg Khar,
terima kasih atas bimbingannya :)
Anita,
ni cerita setahun yg lalu, ketika saya tak kenal sapa2 dlm bidang ni dan masih berlarutan sampai skrg. Skrg, saya bersyukur saya bekerja dlm bidang ni jugak dan dah knal rmai org. Bru la saya tau asam garam dunia penerbitan.
as salam,
tergamam dengan membaca beberapa pengalaman 'ngeri' penulis lain.Saya amat bersyukur kerna bernasib baik dengan penerbitan 'Karnadya Solutions'... saya menghantar manuskrip, mereka membaca,menilai dan bersetuju menerbitkan tanpa adanya soal tipu dan tertipu..
Saya berharap penulis baru perlu menyemak dahulu kedudukan sayrikat penerbitan sebelum menghantar manuskrip anda.
Post a Comment