Saturday, July 4, 2009

Gambar Perjumpaan Ahli AVA - 4 Julai 2009

Salam ceria semua.


~Bangkit di pagi sabtu yang indah ini memang merupakan satu cabaran! Tapi mengenangkan pertemuan dengan rakan-rakan, saya kuatkan semangat.~

Pagi-pagi lagi saya dan sdr Farid menuju ke KLSentral untuk berjumpa dengan rakan-rakan ahli AVA yang lain. Tentunya masa dan tenaga yang sepatutnya direhatkan diarahkan untuk bergerak ke destinasi yang dirancang sejak awal lagi. Mata saya pedih-pedih sedikit, tidur malam tidak cukup. Dalam hati saya tertanya-tanya berapa ramaikah yang akan hadir pada pagi ini. Saya tahu bahawa hari sabtu ini sepatutnya dihabiskan masa di rumah dengan keluarga atau teman-teman untuk bersantai, tapi ahli-ahli AVA yang hadir, saya tersenyum - hormat, kerana sanggup turun ke KLSentral. Tahniah kepada mereka yang hadir.

Iklan ubat gigi ...

Serius ...

Sdr Farid memberikan kuliah pagi

Kepada mereka yang bekerja pada hari ini, Insya-Allah kita akan berjumpa lagi, jangan risau. Antara ahi yang hadir - Khar, Farid, Juliaesqa, Farah, Fadxiora dan Ilmar Imia. Ya, berenam kami menghabiskan masa, berbincang, bertukar dan berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing. Banyak sebenarnya perkara yang diperkatakan, seperti biasa - isu hakcipta, perundangan, penerbit, kes-kes dalam penulisan, motivasi dan tidak lupa juga memberi galakan untuk menulis dan berkarya.

Fuh ... memang haus!

Perjumpaan tidak rasmi ini mula-mula dirasakan sedikit kekok tapi sebagai wakil AVA, saya bercakap dengan banyak (hahaha ...) supaya suasana menjadi lebih santai. Termasuklah dibenarkan makan sambil bersembang. Masa berjalan pantas, sekejap sahaja jarum jam sudah terpacak di angka satu. Di situlah perjumpaan kami berakhir, dari jam 10 pagi ke 1 tengahari. Pendek sahaja masa pertemuan dirasakan sedangkan banyak perkara lagi yang ingin diperkatakan. Tapi tidak mengapa, bulan Oktober, Insya-Allah kita bertemu lagi.

Power Puff Girls!

Kepada Jojo - kita doakan agar ibunya cepat sembuh.
Dewi Biru - kita doakan agar Dewi cepat sembuh.

14 comments:

Khar,  July 4, 2009 at 3:42 AM  

Itulah namanya cergas, pantas dan tepat pada masanya (sambil menjeling pada Farah dan Jue) hehehe ...

Kaseh Esmiralda July 4, 2009 at 8:16 AM  

Hwaa~~
jealousnye~~... abg Khar, pas ni jgn lah wat perjumpaan hari sabtu. org nak join sekali gak... huhu...

Nemo^0^eriMo July 4, 2009 at 9:25 AM  

huhuhuh~~~~
nemo pon nk joint gak~~~
tp ader 2 masalah ler....

masalah pertama...

nemo nk g kalo kaseh g... hahahah... harus hakoo nk tgk minah sengal nieh...

masalah dua....

nemo xreti nk g KLsentral tuh.... <-- haper? dah tua2 xreti g KLsentra....???? eleh... mesti abg khar pk cenggitu... dah2... xpyh nk geleng3 kepla... nemo dh nampak dh....

naper abg khar buat kat situ...
buat la kat area yg nemo reti nk g...
aper ah....

Khar,  July 4, 2009 at 12:33 PM  

Kaseh - Yalah, nanti abg Khar buat hari Ahad ok. :)

Nemo Chan - KL Sentral boleh cari di internet. Hehehe ...

Jue July 5, 2009 at 2:35 AM  

Waaaa...farah kita kena jeling lagi daaa...

Farahusain July 5, 2009 at 7:59 AM  

heheh...itulah pasal jue...jelingan menusuk kalbu tu...huhuhu....lepas ni kena pastikan kita cergas, pantas dan tepat pada masanya.. :D

Putri Lily July 5, 2009 at 9:10 AM  

Yg posing 4 sederet tu kenapa tak kenalkan dari kanan ke kiri siapa mereka2 tu? Jadi boleh lah kita tahu yg mana satu farah, yg mana satu Jue, yg mana satu bla.. bla.. :)

~Putri Lily~

Khar,  July 5, 2009 at 9:45 PM  

PL - rugi tak datang, Farah & Jue belanja makan nasi ayam ooo. Hmm.. PL, kena datang jumpalah baru kenal. :)

Farah & Jue - hehehe

Ilmar Imia July 7, 2009 at 2:37 AM  

identiti penulis perlu dirahsiakan...hehe

Khar,  July 7, 2009 at 7:05 AM  

Ilmar - ya, tidak syak lagi, hehehe ...

Neddo,  July 11, 2009 at 2:52 AM  

huhu... kesedihan terlampau sebab takpat nak join... apakan daya, masih tak mampu meninggalkan dunia medic... takpe, doa2kanlah saya lepas exam final bulan ogos ni... pastuuu... cuti 6 bulan! yeah! akan dedikasikan sebahagian besar untuk villa aksara! =)

Khar,  July 13, 2009 at 7:42 AM  

Neddo - Insya-Allah boleh sertai bengkel cerpen bulan oktober ini. Bagaimana?

LeaQistina July 17, 2009 at 2:12 AM  

huhu... perubahan masa di saat-saat akhir menyebabkan Lea juga terpaksa mengundurkan diri. Waktu tu kuliah baru sahaja bermula. Jadi tak dapatlah nak sertainya. Mungkin boleh sertainya lain kali. Huhuhu~


LeaQistina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP