Monday, May 11, 2009

Makluman

Salam kepada semua pengunjung. Kenapa ya, saya membuka laman blog ini? Memandangkan terlalu banyak isu dan perkara yang timbul berkenaan soal hakcipta dan penerbitan, pihak penulis selalu berada dalam keadaan dilema. Dan malangnya, pihak penulis selalunya berada di pihak yang tidak mempunyai sebarang suara. Untuk fasa per,tama kami hanya akan menguruskan manuskrip dengan penerbit sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar karya mereka dan 'percaya' kepada pengurusan kami, Insya-Allah kami akan menguruskannya dengan terbaik mungkin.

Buat masa ini, kami hanya mampu mencarikan penerbit yang genuine dalam industri penerbitan dan mempunyai rekod yang meyakinkan. Selain itu, kami bertindak sebagai saluran, penasihat kepada mana-mana penulis baru yang berminat untuk karya mereka diterbitkan. Karya saudara-saudari akan dinilai oleh pihak kami untuk melihat kesesuaian karya diterbitkan di mana. Disamping itu, panel kami terdiri daripada beberapa penulis dan editor yang telah berpengalaman dalam industri penerbitan.

Di Malaysia, ejen manuskrip masih tiada dan tujuan saya adalah untuk menerbitkan kesedaran tentang hak yang ada pada penulis. Disamping melindungi karya sdr-sdri dari dihantar kepada penerbit yang tidak genuine.

Bagi fasa ke-2, setelah kami mendaftarkan sebagai entiti yang sah, segalanya akan diuruskan oleh kami. Itupun kiranya memberikan kepercayaannya kepada kami dan yakin akan pengurusan kami. Sekiranya tidak, kami hanya akan bertindak sebagai ejen yang menguruskan manuskrip anda untuk diberikan kepada penerbit yang sesuai dan yakin akan kredibiliti mereka dalam bidang penerbitan.

Caj kepada penulis? Ya, memang ada, tapi hanya RM 20 sahaja yang akan dikenakan. Rendah dan murah kan?

Syarat-syarat penulis untuk menghantar kepada kami adalah mudah :

1- Manuskrip yang dicadangkan mestilah yang telah siap. Bukan baru hendak digarap atau masih digarap. Manuskrip yang telah siap, sila emel kepada kami sinopsis sekurang-kurangnya 2 @ 3 muka surat. Jangan terlalu pendek atau terlalu panjang. Tolong sertakan sekali tajuk dan genre penulisan anda.

1-1 - Sila sertakan cover letter kerana urusan ini adalah rasmi. Nama, alamat lengkap, no untuk dihubungi mestilah disertakan. Sekiranya tidak, kami tidak akan melayan emel tersebut. Harap maklum.


2 - Nyatakan berapa muka surat karya anda. Bagi mereka yang berminat untuk menghantarkan karya kepada penerbit-penerbit besar, jumlah halaman anda mestilah sekurang-kuranya 450 - 500 muka surat, double spacing, times new roman.

3- Kiranya ada penerbit yang berminat dengan karya anda, kami akan menghubungi dan memaklumkan kepada anda dan manuskrip anda hendaklah dihantar secara penuh kepada kami. Kami akan menguruskan dengan penerbit tersebut dan seterusnya kami akan hubungkan sdr-sdri kepada penerbit tersebut; disebabkan masih dalam fasa 1.

4 - Karya yang boleh dihantar kepada kami adalah :

i - Novel :
Cinta, Thriller, Seram-Misteri, Fantasi, Sci-Fi, Fiksyen, Non-Fiksyen, Sains Fantasi, Satira, Chick Lit, Kanak-kanak, Remaja, Awal Remaja, panduan-umum dan sebagainya.

5- Tajuk karya@manuskrip anda akan dipaparkan di blog untuk memudahkan penerbit melihat dan meninjau. Sinopsis yang lebih ringkas akan dipaparkan tapi lebih ringkas dari sinopsis yang diberikan oleh anda demi menjaga dan melindungi idea anda.

* Buat masa ini kami hanya menguruskan manuskrip novel untuk diterbitkan sahaja, selepas itu urusan selanjutnya adalah terpulang kepada penulis dan penerbitnya. Sehinggalah penulis yakin dengan servis kami dan melantik kami sebagai ejen untuk menguruskan A - Z, barulah kami akan uruskannya (fasa ke-2 - setelah kami mendaftarkan sebagai syarikat ejen manuskrip yang sah).

3 comments:

Fazl May 12, 2009 at 6:19 PM  

slalu tertanya, napa manuskrip novel slalu kne panjang2? Ada kalanya crita tu pendek je tapi sbab penerbit tetapkan jumlah ms, jadi kdg2 crita tu jd meleret.

Ejen Manuskrip,  May 12, 2009 at 6:38 PM  

Terima kasih atas soalan sdri. Penetapan jumlah halaman adalah berkait rapat dengan harga sesebuah novel yang akan ditetapkan setelah diterbitkan nanti, disamping berkait dengan kos percetakan. Selain itu, banyak pembaca merasakan tidak puas apabila membaca novel yang pendek. Umpama menonton cerita bersiri dan filem, tentu ada beza dari segi kepuasannya bukan?

Fazl May 12, 2009 at 6:45 PM  

tp kn ke ada jugak pembaca yg tak suka crita yg meleret2?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP