Monday, April 4, 2011

Radio Klasik Nasional - Bersama Penulis Skrip Drama Radio 3 April 2011

Dalam keadaan kekurangan peserta, bengkel skrip drama radio ini diteruskan juga oleh AVA. Sebgai iltizam penyambung dan pembuka jalan ke arah mereka yang bertekad untuk bekerja sebagai penulis sepenuh masa, AVA membawa bengkel ini meskipun sambutan dari peserta agak dingin. Meskipun hanya seorang peserta, namun AVA dapat melihat pemudahcara bengkel, Puan Zamidah Hashim tetap bersemangat menyampaikan ilmu yang penuh di dada.

Sebagai penganjur, AVA agak terkejut apabila pemudahcara sudah memulakan penulisan skrip drama radio seawal selepas tamat sekolah menengah. Memang, memang banyak perkara yang disampaikan. Bukan setakat format, malah tips-tips yang berguna juga disampaikan. Disamping itu, pemudahcara juga tidak segan-segan menyatakan bayaran yang diterima melalui skrip-skrip drama yang dihasilkan.

AVA, sebagai penganjur kali ini 'menumpang sekaki' mempelajari ilmu yang disampaikan. Kehadiran seorang peserta pula memudahkan pemudahcara untuk memberikan fokus kepadanya. Penyampaian ilmu juga diadakan secara ceramah dan turorial yakni berbentuk dua hala dan ia amat berkesan sekali.

Sesekali AVA mencelah bertanyakan soalan-soalan cepumas untuk mengetahui rahsia dan selok-belok dalam dunia penulisan skrip drama radio. Ramai orang menyangka bahawa penulisan skrip drama radio ini tidak mampu untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan, sekiranya mahu bercerita dari imbuhan yang diperolehi. Tetapi dalam bengkel ini, pemudahcara mendedahkan bahawa penulisan skrip drama radio adalah salah satu punca rezeki yang agak lumayan sekiranya dapat menembusi tembok Radio Klasik Nasional. Segala kontek, emel penerbit diberikan kepada kami.

Dari apa yang dilihat oleh AVA, penulisan skrip drama radio ini kurang sedikit renyahnya berbanding dengan skrip drama tv yang banyak halangan untuk diterbitkan sebagai sebuah drama. Prosedur yang ringkas ini menarik hati AVA dan sekaligus berjaya menghasilkan drama sketsa yang tidak lebih daripada dua muka surat.

Di akhir bengkel, pemudahcara berpesan agar terus menulis dan menghantar sehinggalah dapat menembusi tembok mereka. Dan selepas itu, Insya-Allah laluan akan menjadi mudah sedikit.

p/s - Sayang sekali bengkel yang amat bermanfaat ini tidak dihadiri ramai peserta. :)

2 comments:

midiyudin,  April 9, 2011 at 10:00 PM  

Salam.
Saya memang minat tulis skrip drama radio. Tapi tak berkesempatan untuk hadiri bengkel kerana tugas (kerja)lagipun jauh, saya tinggal di Pahang.
Bagaimana bolehkah jika saya ingin dapatkan bimbingan menulis skrip drama radio daripada Pn. Zamidah Hashim secara jarak jauh saja iaitu melalui emel, jika Pn. Zamidah kenakan sedikit bayaran pun boleh saja.
Harap pihak AVA dapat majukan permintaan saya ini kepada Pn. Zamidah Hashim. Atau bolehkah pihak AVA berikan saya no. hp @ alamat emel Pn. Zamidah untuk saya hubungi.
Saya amat memerlukan bimbingan daripada Pn Zamidah penulis skrip radio yang berpengalaman yang telah banyak skrip drama radionya saya dengari yang ke udara di Radio 1 @ Klasik Nas.
Saya, Hamidi Md. Yudin, emel: midiyudin@gmail.com .
Terima kasih. Wasalam.

zuhud May 1, 2011 at 8:30 PM  

saya mohd shubki hussin berminat untuk menyertai bengkel penulisan skrip drama radio pada masa akan datang. alamat/contact saya:
0132910186
emel: zuhudlife@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP