Sunday, December 13, 2009

Bengkel Penulisan Puisi - Atas Permintaan Ramai!

Salam.

Atas permintaan ramai AVA akan menganjurkan bengkel penulisan puisi. Perserta hanya dihadkan 15 orang sahaja. Jika perserta yang mendaftar kurang dari 10 orang, bengkel tidak akan dijalankan. Sila hantar nama, nama pena, no selfon dan sebuah sajak (yang diletakkan tajuk dan nama perserta) untuk dibengkelkan ke ejenmanuskrip@yahoo.com. Nama perserta dan sajak akan disiarkan di blog kelak.

Pembimbing : (Prof. Rahman Shaari / klik juga di sini)

Tarikh : 7 Febuari (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (ICY)
Masa : 9 pagi - 4 petang
Puisi : Menyertakan sebuah puisi / sajak (sila emel ejenmanuskrip@yahoo.com)
Yuran bengkel : RM 100.00


p/s : Sebelum pertanyaan Setiakasih, sudah ada beberapa pertanyaan dari rakan-rakan AVA di FB.

11 comments:

Camellia MK (Maria Kajiwa) December 13, 2009 at 7:06 PM  

Saya sokong langkah ini tetapi..untuk Tunas Cipta sahaja ke? Siapa nak tolong saya pula ?

AVA December 13, 2009 at 7:17 PM  

MK sudah boleh kayuh sendiri. :)

Putri Lily December 16, 2009 at 1:42 AM  

Seminggu je jaraknya dengan bengkel novel. Haiz... kalau lah tempat dekat memang lily tak lepaskan peluang untuk ikut serta.

~Putri Lily~

Khar,  December 16, 2009 at 2:40 AM  

Ni bulan Febuari lah PL ... cuba tengok tarikh tu betul2

Putri Lily December 16, 2009 at 6:22 PM  

Hahaha... kenapa lily boleh tak perasan Febuari tu eh... dah jadi mcm kak MK agaknya (kena tambah power) hehe jgn marah kak MK.

~Putri Lily~

Ariyatna Adri January 31, 2010 at 5:37 PM  

Tak ada sambutan nampaknya. Tak berpeluang la hamba nak berguru ngan Prof. Rahman Shaari. :-(

Ariyatna Adri

Unknown January 31, 2010 at 6:48 PM  

Salam, ada harapan ke bengkel ni nak diadakan? Kalau 5 orang peserta sahaja dan bayar RM 200 sorang boleh ke? Ahli yang lain macamana? Kalau sedikit peserta lagi bagus hehehe.

KS

Kamal May 31, 2010 at 12:30 AM  

Salam,

Sajak yang saya hantar untuk bengkel ini dulu telah terbit di "Milenia Muslim" Mei 2010. "Lalat-Lalat Di Negara Duka". Terima kasih.

AVA,  May 31, 2010 at 1:01 AM  

Tahniah sdr Kamal,
Saya terkilan tak dapat buat bengkel puisi ini. :(

Unknown May 31, 2010 at 1:30 AM  

Saudara AVA,

Anjurkanlah. Mesti ada peminatnya. Puisi adalah satu cabang sastera yang paling susah untuk dihasilkan. Saya pun tidak pernah mengikuti bengkel penulisan puisi dan amat berharap ianya dianjurkan.

AVA,  May 31, 2010 at 2:08 AM  

Kalau sdr Kamal boleh himpunkan dalam 10 orang, saya sanggup panggil otai untuk turun jadi pemudahcara. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP