Saturday, October 31, 2009

Seorang AVA Yang Remaja


Berbulan sebenarnya (sejak AVA diwujudkan) kepala saya sarat barat memikirkan cara untuk menolong ahli AVA dan penulis lain amnya, bagi meningkatkan diri dalam bidang penulisan. Salah satu yang saya terpandang adalah melalui bengkel. Banyak sebenarnya titik bengik dan remeh temeh dalam menganjurkan bengkel yang rakan-rakan telah dan bakal hadiri. Tambahan pula, saya menguruskannya seorang diri. Namun alhamdulillah ia mendapat perhatian daripada Pn Nisah, Tuan Rozlan, Macai Suci dan Abang Bro. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memberi semangat kepada saya untuk meneruskan agenda membangunkan barisan penulis yang mempunyai ilmu dalam pertukangan karya.

Dan pastinya sokongan dari para perserta, terutama ahli AVA membuat saya tambah bersemangat untuk berkongsi ilmu, membawa penulis-penulis yang berpengalaman dan berwibawa untuk sama-sama menjayakan hasrat dan ambisi kita. Saya amat sedar sebenarnya masing-masing terikat dengan komitmen dan tugasan yang saya sendiri tidak dapat menelah, maka dengan itu andainya ada kumpulan penulis yang mahukan AVA menganjurkan bengkel yang bekaitan dengan penulisan, akan saya usahakan.

Ada juga rakan penulis (bukan ahli AVA) sinis menyatakanbahawa saya menganjurkan bengkel ini bertujuan untuk mencari duit 'tepi'. Saya tidak menjawabnya dan hanya tersenyum, mengenangkan betapa orang-orang Melayu masih lagi di takuk minda kedana, bukan minda perdana. Saya hanya berkata dalam hati, ini adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang rakan untuk membantu rakan-rakan lain yang cintakan ilmu. Mungkin suatu masa nanti, saya akan katakan kepadanya untuk menganjurkan bengkel sebegini seorang diri. Mahu juga saya menyertai bengkel beliau nanti.

Tapi tidak mengapa, saya menganggapnya itulah cabaran dan asam garam menuju ke destinasi impian. Kalau tiada cabaran, tentunya AVA tidak akan matang serta saya akan menjadi kurang kreatif dalam menyelesaikan situasi yang timbul.

Rakan-rakan penulis yang saya kasihi,

Besar sebenarnya matlamat saya menubuhkan AVA. Bukan hanya setakat mahu membantu rakan penulis dalam memperkasakan ilmu dalam bidang ini, malah lebih jauh dari saya menyimpan hasrat agar bidang kepengarangan ini mampu sama duduk dan berdiri seperti bidang kerjaya lain yang dianggap profesional. Selain dari menolong membantu memasarkan manuskrip, ada lagi. Oleh yang demikian, langkah awal adalah dengan menganjurkan bengkel-bengkel seperti ini bagi membolehkan kita sama-sama belajar (saya juga belajar banyak perkara) demi memantapkan seni penulisan kita.

Apa yang saya akan lakukan adalah dalam kapasiti dan masa yang terdaya, akan saya maklumkan. Selain itu, biarlah ia menjadi rahsia saya terlebih dahulu, hinggalah saya punya keupayaan untuk melaksanakannya. Betapa dalam usia AVA yang hijau ini, banyak pelajaran yang saya perolehi, syukurlah. Dapat juga saya memantapkan hati serta melihat dengan lebih jauh apakah keperluan yang dapat saya penuhi sedaya-upaya agar dapat saya bantu.

Rakan-rakan, tanpa sokongan anda semua, AVA tiada apa-apa. Terima kasih kerana menjadi sangga penyokong AVA selama 5 bulan pertama ini. Selain itu juga saya melihat betapa ramai juga rakan-rakan saya yang acuh tidak acuh serta merasakan usaha saya ini sia-sia, tapi alhamdulillah dikit demi dikit mereka dapat menerima, malah memberi sokongan di kala ini. Tapi yang paling jelas di mata saya adalah mereka yang lebih bersikap 'tunggu dan lihat'. Agaknya kalau AVA sudah berjaya, barulah mereka akan menyertai keahlian AVA. Tapi tidak mengapa, masa akan menjadi pengadil yang saksama. Saya bermohon kepada Allah, moga-moga diperkukuhkan lagi AVA serta sentiasa dalam keberkatan-Nya.

Kepada rakan-rakan AVA yang menyokong AVA, saya angkat dua tangan! Kamu memang best! Terima kasih buat rakan-rakan ahli AVA dan para penulis serta pelayar blog ini.

p/s : 'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa' Suatu masa saya akan kongsikan rahsia menulis cerpen, khas buat ahli AVA, insya-Allah.

7 comments:

Syukri Sapuan October 31, 2009 at 7:25 AM  

terima kasih tuan kerana menubuhkan AVA! =)

Putri Lily October 31, 2009 at 10:12 AM  

Kami berterima kasih atas usaha Khar sejauh ini. Pedulikan apa orang kata. Yang penting kami, ahli dan rakan2 AVA tahu tujuan sebenar AVA ini ditubuhkan. Hidup AVA!

p/s berterima kasih pada kejian kerana di situ letak kejujuran... Berwaspada pada pujian kerana di situ terselit sindiran...

~Putri Lily~

Nemo^0^eriMo November 1, 2009 at 3:27 AM  

tabik spring utk AK sbb berjaya dn pencapaian AVA sehingga kini. pada nemo, biarlah apa yg org pandang enteng pada AK tu anggap saja sbg pembakar semangat pada AK. dan xsegan nemo katakan disini, selagi termampu, nemo akan sentiasa menyokong AVA. All the best....

AVA November 1, 2009 at 8:04 PM  

Syukri - terima kasih, tapi bila nak daftar dengan AVA? :)

PL - Pandangan dan nasihat PL, terima kasih saya ucapkan.

Nemo - Alhamdulillah Nemo dah mampu tulis tanpa menggunakan bahasa SMS, caiyok, caiyok! Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

macai_suci November 2, 2009 at 6:17 AM  

sebenarnya tanpa dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Apa yang pasti mentaliti dan perspektif masyarakat kita terlalu agam untuk disentuh apatah lagi dibentuk. Lihat sahaja Junjungan besar kita Muhammad S.A.W dalam berdakwah buat pertama kalinya. Bukan disambut paluan kompang tetapi, penuh hinaan hingga ada yang sanggup membunuhnya. Apa yang penting ialah nawaitu kita.

Hanya jauhari yang mengenal manikam walaupun Johari dan Maniam tidak sehaluan. He..he...

Neddo November 2, 2009 at 10:53 PM  

AVA ternyata telah banyak membantu penulis-penulis seperti saya... yang aliran utamanya bukanlah menulis tetapi minat memang dah tertanam sejak tahu memegang pensil. Terus-terang saya katakan, tanpa AVA saya masih lagi tidak tahu di mana hendak mencari titik mula. Alhamdulillah, sekarang semangat makin kuat dengan adanya AVA.

Teruskan perjuangan!

AVA,  November 2, 2009 at 11:12 PM  

MC - hehehe, terima kasih.

Neddo - Kita sama-sama saling membantu, insya-Allah. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan AVA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP