Galakan Menulis
Sebagai galakan untuk menulis AVA membuka kepada ahli untuk menulis cerpen. Kriteria :
1. Tema : bebas (selain romance)
2. Bahasa : penggunaan tatabahasa tinggi
3. Halaman : 8 hingga 10
4. Arial, 12, langkau dua
5. Tarikh tutup : 30 Julai 2009 (sila hantar ke emel - ejenmanuskrip@yahoo.com)
* Setiap penulis hanya dibenarkan menghantar satu sahaja cerpen (ngeh ... ngeh)
Pemenang terbaik akan diumumkan pada minggu pertama bulan Ogos.
Hadiah : Kamus Dewan (Edisi Keempat) + RM 50.00
Keputusan adalah muktamad, penilai dari luar akan menilai karya anda. Karya akan dinilai dari semua aspek termasuk format penulisan. Terima kasih. Caiyok, caiyok!
* Hadiah akan dihantar secara pos biasa, sementara RM 50 akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemenang. :)

10 comments:
Ehem.. ehem.. Berita menarik ni.
Macammana nak tambahkan progres novel, kalau sambil2 nak cari idea dan masa utk siapkan cerpen ni pula? Sesiapa boleh bagi tips tak? Hehe.. Tapi utk ikut masuk peraduan, memang berhajat sangat.
Takpe Lily cubalah..
~Putri Lily~
Ish! Lupa nak tanya sekali..
nak kena Double Spacing juga ke?
~Putri Lily~
Ala... Kamus Dewan dah banyak kat ofis...hehe
Tatabahasa tinggi maknanya tak nak perkatan Inggeris langsung ke? Kalau bahasa santai tapi takde rojak/pasar boleh ke?
err...boleh hantar lebih drp 1 cerpen tak? :D
Oya...selain hadiah, apa kebaikan pertandingan ni pada penulis. Misal kata karya penulis tersiar di mana-mana majalah ke ataupun macam mana?
Putri Lily - langkau dua - caiyok, caiyok!
Ilmar - insyallah cerpen tu nnt saya akan buat kompilasi, hanya cerpen terbaik :)
satu hadiah je ke? Tempat ke2 dan ke3 tak ada ke? :D
wah~~~~
hebat2...
tp khan...
nemo cukup xreti nk memendekkan cerita...
nemo kan kuat merapu...
hahahahah
p/s~~~
abg khar... nemo dh bankin tau....
Ilmar - insyallah akan datang.
Nemo - Ok terima kasih. Kena cuba Nemo. Kan nak jadi penulis, kan?
Salam,
baru hari ni dapat jenguk entri-entri kat sini. erm, apa maksud penggunaan tatabahasa tinggi tu? Boleh tolong terangkan tak?
Lea bab bahasa tinggi ni macam kureng je. Hehe... Kalau cerita santai pandailah (sket-sket jelah).
p/s: wat la satu entri khas terang fsl ni :D
Post a Comment