Wednesday, June 3, 2009

Kemamar Seorang Penulis

JANGAN JADI PENULIS SEPENUH MASA! Itulah kalimah yang pernah terbit dari guru penulisan saya. Kemudian, setelah 3 tahun berusaha menjadi penulis sepenuh masa, saya mengerti akan maksudnya. Kemudian teringat saya semasa pesta buku, satu Konvensyen Mini Sai-fai dan Fantasi 2009 yang diadakan baru-baru ini di PWTC. Kata salah seorang jemputan yang tidak asing lagi, pengarang Ahmad Patria Abdullah (penulis siri Artakus).

"Writing is the worst job in Malaysia!"

Saya diam sendiri di pojok dewan seminar dan berfikir tentang perkataannya. Tapi memang ya, kenyataan memang begitu! Mana ada penulis sepenuh masa di tanah air ini yang hidupnya menulis semata-mata? Maksud saya dia tidak perlu ada pekerjaan tambahan/sampingan lain, misalnya dalam pada masa yang sama menjadi editor, menjadi penceramah dalam bidang penulisan, atau menjadi grafik artis, atau menjadi penterjemah, atau jika tidak pun mempunyai bisnes sampingan untuk menampal pendapatan menulis yang tidak seberapa ini. Kalaupun dia seorang perempuan, kemungkinan dia adalah seorang isteri kepada seorang suami yang mempunyai pekerjaan tetap. Atau mungkin juga dia hanya duduk di rumah orang tua mereka, dan tidak perlu memikirkan tentang soal membayar sewa, makan pakai dan sebagainya.

Atau mungkin begini - kalau dia seorang lelaki, dia ada pekerjaan utama yang lain. Jadi, tidak ada istilah yang benar-benar bekerja menjadi penulis yang bebas sepenuh masa dan duduk mengadap laptop atau komputer 24 jam! Di Malaysia, tiada! Kalau ada pun, setelah dia menderita beberapa lama dalam bidang penulisan, setelah banyak karya di pasaran barulah kelegaan menjenguk. Itupun syarikat penerbitanlah yang lebih untung besar dan penulis hanya 'bolehlah'. (kalau cakap banyak - kena banned pula dengan penerbit) Semua orang mahu untung, tapi yang banyak rugi adalah penulis! Percaya atau tidak apa yang saya perkatakan ini?

Tidak cukup dengan itu, al-kisah yang ditipu, tidak dibayar, dimanipulasi, ditelan hidup-hidup, soalan saya begini, adakah dunia tanah air kita benar-benar mengiktiraf penulisan sebagai satu kerjaya? Jawapannya, tidak! Hakikatnya tidak! Kalaupun ia diiktiraf sebagai satu kerjaya, maka penulisan adalah satu kerjaya yang tidak selamat buat setakat ini (melainkan ada pekerjaan sampingan lain). Kerjaya penulisan di tanah air tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri. Jadi, pokok pangkal, penulis jugalah yang perlu berusaha sendiri untuk mengimbangi minat dan kerjaya yang sesuai. Begitu juga dengan kesedaran undang-undang yang sangat lemah di kalangan penulis-penulis kita. Takat mana sangat kesedaran penulis kita tentang undang-undang dalam penulisan ini? Takat mana? Itu belum cerita tentang hala tuju penulisan yang mahu dibawanya. Cukup derita benar penulis di negara ini!

Tapi bagi saya, mengarang adalah suatu seni, apa pun jua rintangan dan cabaran, saya akan tetap terus menulis sebagai satu wadah untuk menyalurkan pemikiran dan buah akal dengan doa tumbuh mesra di hati para pembaca. Jadi, bagaimana dengan anda semua? Sudah punya kesedaran terhadap hak dan perundangan sebagai seorang penulis? Dan apakah pula halatuju penulisan anda sebagai seorang penulis?

Memang perit benar menjadi penulis di tanah air ini, apatah lagi untuk menjadi penulis sepenuh masa, atau mahu menjadikan penulisan sebagai kerjaya yang selamat - oh entah bilakah penulis-penulis di Malaysia ini akan terbela dan pasa suatu hari nanti para jejaka tidak lagi malu menyebutkan pekerjaan tetapnya sebagai penulis sepenuh masa di hadapan bakal ibu dan bapa menrtuanya. Dan gadis-gadis tidak lagi tersenyum sipu menyatakan bakal suaminya adalah seorang insan yang memegang kerjaya sebagai seorang penulis. Bila ya itu akan berlaku? Wuallahua'lam.

5 comments:

Ilmar Imia June 3, 2009 at 9:05 PM  

Kan ke Ahadiat Akashah tu penulis sepenuh masa? :D

Khar,  June 3, 2009 at 11:48 PM  

Dia menjadi penulis sepenuh masa setelah karyanya meletup kan?

Bie'z June 4, 2009 at 4:36 AM  

Saya pn penulis sepenuh masa.Bila baca entry ni buatkn saya merenung dan merenung.Aduhai...apa kita nk buat ya utk selesaikn masalah ni?
Erm...

NURUL AINI BAKAR June 4, 2009 at 3:26 PM  

betul lah tu, tak ada apa yang tak betul melainkan betul belaka.

AVA June 5, 2009 at 12:34 AM  

Salbie S & Nurul Aini - itulah kenyataannya. Saya masih mencari formula untuk mengatasi masalah ini. Dalam perbincangan rakan saya. Doakan agar rancangan ini berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP