Saturday, May 16, 2009

Kenapa Anda Menulis?

Salam bahagia. Pastinya semangat menulis di kalangan penulis muda hari ini bergitu meluap-luap. Tahniah diucapkan kepada pemilik blog ini kerana anda begitu berani mencipta suatu kelainan dalam aktiviti penghasilan dan perlindungan karya.


Berapa lamakah anda telah melibatkan diri di dalam penulisan?

Mengapa perlu menulis?

Kerana menulis itu adalah sebahagian daripada bidang seni. Apakah itu seni?

Apakah perlunya anda memahami persoalan demi persoalan ini?


Jawapannya adalah kerana ini semua melibatkan cara anda berfikir ataupun sebutan lebih popularnya ialah mentaliti. Pemikiranlah yang meletakkan diri anda di mana. Jatuh bangunnya anda adalah berdasarkan ini. Sekiranya anda merasakan keinginan anda untuk menulis setelah melihat rakan anda, ahli keluarga anda berjaya di dalam bidang ini, saya ingin menasihatkan anda supaya berfikir sepuluh kali kerana apa? Anda bukanlah penulis dalam erti kata yang sebenarnya. Anda akan hanya hangat bilamana kejayaan ini menjadi aspirasi anda untuk jadi kaya.


Selepas itu, anda akan meniru idea dan cara idola anda dari segi penulisan dan pengolahan maka terjadilah, peniruan karya secara terus. Anda gagal menjadi diri anda. Aktiviti menulis bukanlah semata-mata untuk menjadi medan untuk meraih keuntungan yang berganda. Sebaliknya, Menulis bermakna anda menyampaikan apa yang anda fikirkan kepada pembaca anda sama ada percintaan, kehidupan, isu-isu semasa atau apa sahaja. Semuanya memerlukan kemahiran anda berfikir dan menilai sesuatu perkara.


Baiklah. Saya ingin memperkatakan tentang pemikiran. Apakah yang akan anda lakukan demi kemajuan pencapaian taraf kehidupan anda? Adakah anda hanya sekadar melalui kehidupan anda seperti biasa tanpa mencari, mencipta peluang dan lapang sasar yang baru? Anda takut? Adakah anda hanya melibatkan diri setelah melihat ada orang yang berjaya di dalam suatu bidang itu? Hanya anda yang tahu siapa diri anda. Persepsi anda haruslah jelas dan yakin kerana inilah menentukan cara pemikiran anda. Menurut pandangan beberapa golongan ahli pemikir. Terdapat dua golongan pemikiran. Yang pertama berfikir secara bulatan dan berfikir secara kotak atau rata.


Golongan pemikiran bulatan. Golongan ini mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mereka ini sanggup menerima dan mencipta perubahan. Mereka ini dilihat kreatif dalam menyelesaikan masaalah. Manakala golongan pemikiran kotak atau rata ini, mereka akan hanya selesa di dalam zon selesa mereka tanpa perlu memikirkan suatu pembaharuan. Mereka lebih mudah bersikap pasrah daripada berusaha. Mereka lebih gemar melihat sesuatu di sebalik peristiwa kehidupan orang lain. Andai hasilnya baik, akan mereka turuti dan sebaliknya.


JADINYA SEBELUM ANDA MENULIS. TANYAKAN DIRI ANDA, ADAKAH ANDA SEMEMANGNYA INGIN MENULIS ATAUPUN ANDA INGIN MENULIS SETELAH ORANG LAIN BERJAYA DI DALAM PENULISAN?


Teks : Farid Jasni

3 comments:

LeaQistina May 16, 2009 at 8:08 PM  

Mengapa kita menulis?

Satu persoalan yang pernah ditimbulkan sebelum ini. Tepuk dada dan tanya hati. Kenapa aku menulis?

Jawapannya; hanya menurut desakan naluri yang hendak mencoretkan sesuatu :D

[masuk dalam kelompok pemikiran yang mana ek?]

Kaseh Esmiralda May 16, 2009 at 10:16 PM  

Kenapa saya menulis?

sebab Kaseh suka menulis. dan saya ingin menulis... menulis sampai bila2.

saya mahu jadi lagenda dalam bidang penulisan.. mungkin ini nampak spt suatu angan2... hakhakhak~

tp yg pasti saya menulis bukan sebab dipengaruhi oleh kejayaan orang lain dlm bidang ini.

Putri Lily May 17, 2009 at 12:58 AM  

Kenapa saya menulis?

Dari kecil juga lily dah memang minat 'menconteng' entah apa2. Kadang2 org lain tk faham apa yg lily 'contengkan'. Hakikatnya lily 'menconteng' mengikut gerak hati.

Bila dah remaja, minat membaca begitu ketara. Yg jadi bahan bacaan adalah hasil tulisan org lain. Dari situ lily belajar memperbetulkan 'contengan' lily kepada 'tulisan' yg menjadi. Hingga kini lily lebih berminat menulis dan membaca hasil idea sendiri.

Hmm.. seperti Lea, lily juga ingin tahu lily dari golongan yg mana?

p/s tak tahu nak nilai diri sendiri

~Putri Lily~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP