Thursday, June 18, 2009

Projek Dengan DBP - ANTOLOGI

Salam semua, ada berita baik untuk ahli AVA yang budiman. Melalui kontek AVA, satu perbincangan secara tidak rasmi berkenaan pembikinan antologi cerpen secara beramai-ramai. Nampaknya ada respons yang positif dari pihak mereka. Jadi, inilah masa untuk ahli AVA mengembangkan sayap penulisannya dan terbang lebih tinggi. Jangan risaukan jatuh, kalau seekor burung risaukan jatuh ke tanah, maka ia takkan terbang sampai bila-bila. Dan malang sekali ia akan mati di dalam sarangnya begitu sahaja.

Selain itu, sempat AVA bertanyakan tentang royalti buku tersebut. Beliau menyatakan bila sudah buat ramai-ramai, maka kecillah royalti yang akan diperolehi. Jadi selesai perkara royalti yang selalu menjadi gosip. Tapi apa yang lebih penting adalah ahli AVA dapat menambahkan dalam profil tentang kemajuan dan perkembangan dalam penulisan. Jadi, jangan ada rasa ragu dan bimbang.

Untuk persiapan ke arah itu, bengkel penulisan cerpen akan diadakan. Dan tentunya bengkel cerpen ini akan diadakan Insya-Allah selewat-lewatnya selepas hari raya, tapi saya tidak pasti lagi tentang tarikhnya. Tujuan bengkel ini adalah untuk melihat penulisan cerpen dari segi format dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mulai dari sekarang, simpan/rezabkanlah satu cerpen yang akan dibengkelkan dalam bengkel tersebut. Dan saya minta kalau boleh sediakan cerpen yang bukan berunsurkan tema cinta remaja, maksud saya satu cerpen yang bertemakan bebas (kecuali cinta remaja). Boleh sahaja menggarap tentang keluarga, masyarakat, ketuhanan dan lain-lain. Panjangnya antara 8 - 10 muka surat, langkau dua.

Diharapkan rakan-rakan mendapat suntikan dan semangat baru selepas bengkel tersebut nanti. Begitu juga dengan projek antologi yang akan saya selenggarakan. (Pssttt ... dengan DBP ni jangan tanya lambat atau cepat. Kita ibaratkan tanam padi, nanti kita tuailah hasilnya - atau lebih tepat : makan masa sedikit!)

Berita dan aktiviti akan dipaparkan di blog dan rajin-rajinlah lawati blog AVA untuk meilhat perkembangan. Tarikh akan diumumkan kelak, insyallah. Tugas anda hanya bikin cerpen, masuk bengkel dan selainnya Insya-Allah saya akan uruskan, amin.

8 comments:

Juliaesqa June 18, 2009 at 9:02 PM  

Wahh...menarik..menarik...nnti nk cari point..tapi x pandaila wat cerpen..pernah buat..jadi panjang lebar lak...hahahaha.

Putri Lily June 18, 2009 at 9:38 PM  

Insya-Allah Lily juga nak cuba. Nasib bukan pasal cinta.. hehe

~Putri Lily~

Khar,  June 18, 2009 at 11:54 PM  

Jue - Tak pandai, tapi harus mencuba. Itu yang paling penting. Tak pandai, tak mahu cuba - masalah!

PL - Alhamdulillah, tunggukan pengumuman di blog tentang tarikhnya nanti.

Farahusain June 19, 2009 at 12:32 AM  

insya-allah, saya pun berminat nak cuba..
dah lama meninggalkan alam penulisan cerpen ni...kali terakhir saya tulis utk pertandingan masa form 5 sepuluh tahun dulu..heheh...

Anonymous,  June 19, 2009 at 5:27 AM  

satu cabaran nih...
kena selongkar kotak idea dulu.

nak carik2 motif citer.

Kaseh Esmiralda June 19, 2009 at 5:42 AM  

Kaseh paling lemah bab cerpen... Abg Khar tahu kan...

tp memandangkan peluang dah depan mata... x blehlah Kaseh kate tidak utk berusaha baiki kelemahan...

kene start cari idea utk buat cerpen le nmpknye skang... hehehe~

AVA June 21, 2009 at 6:17 PM  

Farah - Silakan ...

Adra - Bagus, teruskan penyelongkaran adra

Kaseh - Ambil peluang ini utk menambahkan lagi ilmu dalam penulisan. Yang penting, jangan jemu menimba ilmu.

NURUL AINI BAKAR June 21, 2009 at 11:01 PM  

Abg Khar, kalau saya tulis cerpen lepas tu hantar pada abg untuk di nilai boleh? Saya nak pergi bengkel tu, dah sah-sah tak boleh pi. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP