Tuesday, June 16, 2009

Perancangan AVA

Salam ceria buat semua.

Ada beberapa perancangan yang AVA sedang usahakan untuk ahli yang berdaftar demi meningkatkan dan menjana keupayaan ahli agar dapat dimaksimumkan sebanyak mungkin dalam dunia penulisan. Ini adalah bertujuan untuk membimbing ahli AVA agar memaksimakan bakat penulisan samada dalam genre popular mahupun sastera. Secara psikologi, semua penulis khususnya ahli AVA mempunyai daya ketajaman dan ta'akulan yang tinggi dalam menghasilkan karya yang tinggi nilai dan mutunya. Apa yang penting asas dalam penulisan sudah ada. Yang perlu adalah mempertajamkan serta mengeluarkan sisi bakat terpendam yang ada untuk memperlihatkan keupayaan diri sendiri.

Di AVA, kita akan berusaha membantu ahli untuk melakukan perkara tersebut. Tapi apa yang paling penting adalah kemahuan dan kehendak penulis untuk meningkatkan keupayaan dalam penulisan serta memajukan lagi diri untuk tahap yang lebih cemerlang. AVA hanya menjadi pemangkin dalam membantu penulis melakukan perkara tersebut. Namun, AVA yakin bahawa penulis yang mempunyai visi, misi dan halatuju tersebut akan mengambil peluang ini secara total untuk dimanfaatkan demi meningkatak prestasi dalam penulisan.

Bengkel 'mempertajamkan' karya cerpen dan novel akan dilaksanakan tidak lama lagi. Saya katakan begitu kerana ahli AVA memang mempunyai bakat dan kebolehan dalam menggarap karya, Insya-Allah. Apa yang perlu adalah untuk mengupas sisi-sisi dan bakat yang masih ada untuk dikeluarkan. Selain itu, AVA akan membawa penulis-penulis yang mempunyai nama untuk mengongsikan pengalaman mereka dengan ahli AVA. Ini penting kerana banyak tips dan petua yang dapat kita pelajari dan ambil daripada mereka untuk kita manfaatkan. Selain itu, ia juga akan menjadi semangat dan azimat kepada ahli agar terus menulis dan menulis.

Selain itu, ada beberapa projek yang masih dalam perbincangan dengan beberapa pihak agar ahli AVA dapat merasa buah manis projek tersebut, meskipun kita pasti akan melalui kesukaran tapi AVA yakin sokongan dari ahli AVa yang mantap, Insya-Allah kita akan berjaya untuk melunasi kehendak projek yang akan datang ini. Amin.

Insya-Allah AVA akan tekal dalam melaksanakan tanggungjawab membantu dan membimbing penulis ke arah kecemerlangan penulisan. Amin.

2 comments:

Putri Lily June 17, 2009 at 9:24 AM  

Bestnya!

Tapi agak2 tempatnya jauh tak eh?

~Putri LilY~

Khar,  June 17, 2009 at 7:23 PM  

Mencari ilmu - 'jauh' adalah perkara biasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP