Sunday, January 30, 2011

Hikayat Sang Ayu dan Photog : 30.1.2011

Sedari awal pagi hujan turun bagaikan tiada perhentian. Cuaca suram dan langit berterusan menangis sepi, tak siapa yang mengerti. Namun alhamdulillah, meskipun premis bengkel AVA ini tersorok, namun kecekapan para peserta menghidu bagaikan penyiasat mengesan musuhnya. Berjumpa semua akhirnya di titik perhentian yang bernama PKG Hulu Kelang yang terletak dalam SR Klang Gate. Memang bagi sesiapa yang tidak biasa dengan tempat ini akan meluncur lajak hingga ke Taman Melawati.


Bengkel bermula sedikit lambat dari yang dijangka, namun tepat jam 9.30 pagi sdr Mohd Zaidee menyusun kata, mengatur bicara. Bagaikan adiguru berhadapan dengan penuntut yang dahagakan ilmu, segalanya sudah lengkap teratur... menuang sedikit demi sedikit manis madu ilmu agar dapat dihadami dengan penuh syahdu dan lazat. Para peserta mula mengenal apa itu kamera DSLR yang sering bermain di benak. Satu per satu pembimbing mengupas, terpancar cahaya gemilang di setiap tampang peserta apabila mula memahami satu demi satu fungsi yang tercatuk pada kamera. Terjawab sudahlah segala teka silangkata yang selama ini terbiar tanpa diladeni.

Namun langit tetap merintih, merayu. Air mata langit terus-terusan mengalir, sudahnya sesi 'menembak' gambar diputuskan di dalam bilik bengkel yang sudah dilengkapi dengan backdrop yang menarik. Langkah demi langkah diatur, segala buah digunakan sebaik mungkin. Tepis, elak, kekuda - pancaran demi pancaran cahaya gemilang merakam subjek yang tersenyum ayu. Satu demi satu cahaya kamera bergemerlapan. Masa pun berjalan. Namun sang ayu tetap sabar menantikan wajahnya dirakam untuk diabadikan oleh sang photog.

Mujurlah senyum manisnya bisa meredakan gelisah yang berkocak di hati para peserta dan pembimbing. Sesi OD tetap dijalankan. Bagaikan piala yang terletak, sang ayu terus diabadikan dalam perut kamera. Sesekali resah terlukis pada tampang sang ayu. Mulalah usik mengusik terjadi. Sang ayu kemabli bersemangat, sesi diteruskan lagi. AVA pula menjadi pemerhati yang setia, menanti dengan penuh sabar melihat pasukan photog yang terus dahaga untuk mengabadikan wajah sang ayu. Akhirnya, letai berkerajaan, sesi ditamatkan dengan mengambil beramai-ramai.

Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun langit tetap meratap, namun setiap yang mula pasti ada sudahnya. Bengkel kembali penuh, sesi penerangan dijalankan lagi. Sang pembimbing terus menjalankan tugas yang diamanahkan dengan kata kunci, "Selagi tidak boleh, selagi tidak faham, tidak boleh pulang!" Namun sesi tetap berakhir, jam 6 petang kurang lebih, bengkel fotografi kali ini ditamatkan dengan suasana penuh silaturrahim dan iltizam peserta untuk memperbaiki dan mengaplikasikan segala ilmu yang dituntut apabila berpamitan nanti. Janji.

Terima kasih kepada para peserta, pembimbing, En Azam dan Nurul (PKG Hulu Kelang), abang Zizi yang bersusah-payah mencarikan katerer untuk AVA, ustaz (katerer), Alang (setia menanti sehingga selesai sesi bergambar beramai-ramai), Ekin (model) dan Bibi, kakaknya serta lain-lain pihak terlibat dalam sesi bengkel kali ini. Semoga ilmu yang diperolehi menjadi manfaat kepada semua.

p/s : Tahniah kepada peserta yang datang dari Bumi Temasik dan Indonesia.

Foto : Ihsan Farid Jasni Photography.
Gambar Penuh : FB Farid Jasni

Bengkel lepas : Di sini.
Akan datang : Bengkel Asas Photoshop, klik sini.
* Menanti foto gambar beramai-ramai.

2 comments:

ahadancoach January 30, 2011 at 4:15 PM  

yeahhhhaaaaa best2 gua teruja dengan perkembangan ne...

AVA,  January 31, 2011 at 3:20 AM  

Bro - bengkel fotografi dan photoshop pun gua boleh bawa masuk ke JPWJ kalau ada rezeki, insya-Allah ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP