Sunday, September 19, 2010

Pejamkan Minda Dan Tenangkan Fikiran

Gambar oleh perserta : Anazkia

Gambar oleh perserta : Nurul Hidayah

Ini adalah antara hasil foto yang diambil oleh perserta bengkel asas fotografi AVA. Apa pun, yang menarik adalah, hubungan antara perserta dan pengendali bengkel yang berterusan di FB. Segala komen dan kritikan yang membina diberikan secara langsung sambil berkongsi maklumat dan ilmu. AVA melihat ini sebagai suatu perkembangan yang positif dan wajar diteruskan sampai bila-bila.

Gambar oleh Ad-Hoc AVA - Farid

Bengkel hanyalah tempat untuk pemangkin dan menggali segala ilmu kepada sesiapa yang berminat, tetapi di tangan perserta itu sendirilah untuk mengerakkan halatuju yang seterusnya. Akan datang, perserta-perserta tersebut akan menyertai bengkel asas photoshop bagi memantapkan lagi ilmu dalam fotografi. Namun bengkel photoshop ini terbuka kepada sesiapa jua yang berminat dan berkaitan.

Gambar oleh perserta - Mat Min

Bengkel tersebut kelak akan dikendalikan oleh sdr Mohd Zaidee yang juga merupakan tenaga pengajar untuk bengkel fotografi yang lepas. Apa yang menarik adalah pihak AVA menyediakan perisian CS3 yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja (portable) tanpa perlu install ke dalam laptop atau komputer.

* Hasil gambar yang dipaparkan masih perlu diperbaiki (berdasarkan kepada komen pengendali bengkel fotografi dan rakan-rakan fotografi lain), namun peningkatan sudah ada berbanding hasil semasa bengkel terdahulu.

Akan datang sesi outing akan diadakan oleh mereka, berkemungkinan besar pengendali bengkel akan turut serta.

Promosi :
Akan datang : Bengkel Penulisan Cerpen 10 Oktober 2010 - Dr Mawar Shafei (pengendali).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP