Wednesday, September 22, 2010

Jejak Buku (Treasure Hunt) 26 September 2010


Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, ITNM dan Sasbadi akan menganjurkan Jejak Buku (Treasure Hunt) pada hari Ahad ini, 26 September 2010. Sinar Harian sebagai Rakan Media.

Ia menawarkan hadiah tunai;

RM3000 untuk tempat pertama,
RM2000 untuk tempat kedua
RM1000. untuk tempat ketiga

Mungkin Tuan dan Cik Puan pemenangnya! Informasi http://bit.ly/jejakbuku

Yuran penyertaan hanyalah RM100 sahaja dan peserta akan menerima voucher tunai RM50 untuk belian buku serta topi dan goodies daripada penaja.

Terhad kepada 60 peserta pertama dan boleh menghubungi Suhaili/Shaza MBKM di talian seperti yang tertera di poster dilampirkan. Klik di sini http://bit.ly/hubungijejak

Jejak Buku ini merupakan info hunt (atau treasure hunt) mencari maklumat perbukuan sepanjang perjalanan dari Kementerian Pelajaran Putrajaya ke Pagoh di mana diadakan majlis pesta Kembara Buku melibatkan masyarakat di Pagoh.

Program akan berlangsung Ahad ini 26 September bermula pendaftaran 8 pagi di Lobi Kementerian Pelajaran, Blok E PPKP Putrajaya. Bukuwan tidak harus melepaskan peluang ini.

Klik di sini http://bit.ly/jejakbuku

Sumber : FB AVA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP