Sunday, May 16, 2010

Ulangtahun Pertama AVA

Genap 11 Mei 2010, AVA yang muda hijau berusia setahun. Dalam usia yang semuda itu, banyak perkara yang dilalui. Pahit getir mengendalikan bengkel dan keahlian yang turun naik serta cabaran-cabaran yang tidak disiarkan di entri blog. Ahli datang dan pergi, ahli sepi dan sunyi, semua memberikan pengalaman baru kepada AVA. Apa-apa yang berlaku, AVA insya-Allah akan terus memberikan khidmatnya yang terbaik, disamping memperbaiki kelemahan yang timbul.

Banyak perkara yang AVA rancang alhamdulillah berjaya, tetapi ada juga yang tidak berjaya. Sesekali menjadi buah mulut orang. Sesekali orang sinis memandang AVA. Dan sesekali ada yang berlaku di belakang AVA, namun semuanya di dalam pengetahuan AVA. Dunia penulisan tanah air terlalu kecil untuk menyorok. Namun itu semua adalah cabaran AVA untuk terus maju dan mengetengahkan bengkel-bengkel yang pelbagai bermula suku tahun pertama. Akan datang akan ada pelbagai bengkel yang jarang orang ketengahkan dan sukar untuk dicari.

Semoga AVA akan terus berdiri teguh dengan izin Allah. Terima kasih kepada mereka yang menyokong AVA, tidak juga dilupakan kepada barisan penasihat AVA yang banyak memberi pandangan, nasihat serta teguran. Juga kepada ahli yang sentiasa menyokong AVA. Terima kasih semua.

p/s : Kad ahli akan dihantar. Kepada mereka yang masih belum menerima kad ahli, AVA memohon maaf atas kelewatan tersebut. Harap bersabar.

5 comments:

ahadancoach May 17, 2010 at 1:39 AM  

Tahniah buat moderator AVA...begitulah rencam hidup dan perjalanan dalam menempuh cabaran namun itulah pengalaman yg tidak dapat tidak harus dilalui juga.....apa2 pun teruskan perjuangan....ada mata pandang ada telinga dengar ada mulut sesekali kena laser gak....

Kaseh Esmiralda May 17, 2010 at 6:22 AM  

eh, dah setahun? pejam celik pejam celik dah setahun rupanya....

semoga AVA yang masih hijau ini akan sukses selalu...

p/s : blurnya... tak tau nak beri komen apa...

Putri Lily May 18, 2010 at 3:08 AM  

Tarikhnya sama tahun berganti
Setahun sudah AVA dikenali
Matlamat AVA berguna sekali
Buat penulis baru seperti kami

Selamat ulang Tahun Yg Pertama Buat AVA. Semoga semakin sukses di hari-hari mendatang.

p/s biar lewat ucapan diberi tapi tarikhnya tetap tersemat di hati.

~Putri Lily~

AVA,  May 18, 2010 at 9:57 AM  

Abg Bro - Terima kasih atas keteguhan dan sokongan.

Kaseh - Walau sepatah perkataan, sudah bisa membuatkan AVA merasa ada kekuatan muncul dari dalaman. :)

PL,

Terima kasih atas ucapan dan pantun yang indah itu. Usaha AVA kecil sahaja. Saya terharu amat. Ucapan anda membuatkan AVA terasa sangat dihargai.

Johari Rahmad May 26, 2010 at 11:49 PM  

tahniah AVA!

kena bersabar, kuat semangat dan istiqamah. rintangan dan halangan ni la yg akan buat AVA lebih hebat satu hari nanti,

insya Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP