Sunday, April 18, 2010

Bengkel Asas Fotografi

Sepetang saya berbincang dengan seorang teman yang minatnya dalam dunia fotografi. Secara dasarnya dia bersetuju untuk menyahut seruan bagi mengadakan bengkel asas fotografi. Melalui perbualan kami, bengkel tersebut berkemungkinan besar akan diadakan pada pertengahan bulan Julai. Meskipun ada sedikit kebimbangan di hatinya, namun saya meyakinkan beliau bahawa bengkel ini adalah asas yang benar-benar asas.

Sekiranya ada yang sudah mahir atau separa mahir dalam bidang fotografi mahu menyertai, apa salahnya mereka datang. Yang penting, tujuan bengkel kita adalah untuk mereka yang sifar ilmu dalam bidang ini. Tambahan pula kos bayaran tidaklah terlalu mahal dan membolehkan mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini. Rinci bengkel ini akan dimaklumkan kelak.

Selain itu, saya memikirkan AVA perlu meluaskan skopnya dalam bidang lain kerana tertera juga dalam sijil pendaftaran AVA sebagai sebuah organisasi yang mengendalikan bengkel dan kursus yang berkaitan dengan pengurusan seni. Jadi, fotografi juga adalah cabang dari seni. Memikirkan juga akan perihal AVA akan menjadi tepu dengan bengkel penulisan, saya kira AVA akan mula memperluaskan skop pengurusan seni yang lain selain dunia penulisan. Pada masa datang, akan banyak lagi bengkel yang sama ada berkaitan dengan dunia penulisan atau seni-seni yang lain.

Sejak memerhatikan trend sebagai agen manuskrip di sini kurang difahami oleh kebanyakan penulis dan penerbit, AVA harus saya gerakkan sayap sebelah lagi; cabang seni yang lain. Selain itu, fungsi AVA sebagai agen manuskrip juga saya bekukan buat sementara waktu ini atas banyak sebab yang tidak dapat dielakkan.

3 comments:

MATMIN April 19, 2010 at 5:23 AM  

Salam, SF elok juga tu....saya nak join..

Khar,  April 19, 2010 at 6:18 PM  

Mat Min - insyallah akan diumumkan tarikhnya kelak serta tentatif program sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP