Thursday, September 24, 2009

Manuskrip Rasa Cinta


Kulit luar ini hanya sebagai hiasan dan rekaan AVA semata-mata.

Kali ini manuskrip 'Rasa Cinta' (Romantika), garapan Hani Nafisya dihantar ke penerbitan Jemari Seni untuk proses penilaian yang pertama. Mari kita doakan dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini ia diterima untuk terbitan syarikat berkenaan. Disamping itu menjadi pendorong dan penguat semangat kepada rakan lain yang masih bertungkus-lumus memperbaiki manuskrip yang siap. Kepada ahli AVA yang masih belum menyiapkan manuskrip, AVA yakin bahawa rakan-rakan ahli akan dapat menyiapkannya Insya-Allah dalam masa yang terdekat ini. Mudah-mudahan Allah memberi kelapangan dan kekuatan kepada kita semua menyudahkan manuskrip yang masih terbengkalai atau belum terusik selama ini. Doa AVA dan rakan-rakan mengiringi 'Rasa Cinta'.

9 comments:

Hany Nafisya September 25, 2009 at 8:28 AM  

Amin.. moga2 berkat doa semua org, JS akan terima. Tapi, tadi tengok Abg Khar letak gambar lain. Neh gambar lain pulak. Hehehe...

Khar,  September 25, 2009 at 6:01 PM  

Amin, amin, amin. Kulit luar hari tu tak mengancam sangatlah, jadi AK tukar saja gambar dia, hehehe ...

Anonymous,  September 25, 2009 at 10:26 PM  

seronoknya dengar manuskrip org lain dah siap...

ini yg terbakar semangat tengok kak maria dan nafisya ni... :D


~Syaza~

Khar,  September 26, 2009 at 4:19 AM  

Syaza - terbakar, terbakar juga, tapi setakat terbakar pun tak guna juga, di AVA ni pun ramai juga yang terbakar tapi takat terbakar saja. Kena bagi siaplah dan eloklah daftar dengan AVA. :)

Anonymous,  September 26, 2009 at 5:09 AM  

....(tak tau nak kata apa)... :)

~syaza~

Mazni Aznita September 27, 2009 at 2:57 PM  

wow rasa cinta dah hantar ke JS..tahniah buat Nafisya! Tuannya kat France mesti seronok sangat dengar berita ni..sama-sama kita tunggu khabar baik lepas ni..

Tahniah juga buat Kak Maria dengan Elaranya yang mantap.

AVA September 28, 2009 at 8:45 AM  

Syaza - jangan kata apa-apa, daftar terus dengan AVA agar dapat dibantu manuskripnya ke penerbit.

Anita - doakanlah agar manuskrip mereka berjaya diterbitkan. AVA hanya membantu mana yang termampu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP