Thursday, September 24, 2009

Mari Beraya Dengan Remaja@PTS One




Siri buku yang bertemakan puasa dan raya ini mula diterbitkan pada tahun 2007 yang mana karya-karya dalam buku ini disumbangkan oleh penulis-penulis PTS sahaja. Namun pada tahun 2008, PTS One mula membuka peluang kepada umum untuk menyumbangkan karya.

Sebenarnya sudah dua kali aku terlepas tarikh tutup tetapi alhamdulillah mungkin sudah rezeki aku apabila editornya sendiri yang meminta aku menulis sebuah cerpen untuk buku ini bagi memperkenalkan karya pertama aku bersama PTS One.

Jadi kawan-kawan, marilah menulis bersama Remaja@PTS One untuk hari raya pada tahun hadapan! Rajin-rajinlah jenguk sini :)

8 comments:

Khar,  September 24, 2009 at 9:22 AM  

Ilmar - tahniah kpd sdri. Bagaimana mereka mengendalikan perjanjian untuk naskhah terbitan secara kelompok ini ya? Boleh terangkan kepada ahli?

Fazl September 24, 2009 at 8:13 PM  

Tiada perjanjian yg ditandatangani dan penulis cuma dibayar sekali saja selain diberi senaskhah buku percuma, sijil dan kad raya :)

Khar,  September 24, 2009 at 8:24 PM  

Ilmar - Maaf cakap, inilah yang dinamakan eksploitasi terhadap penulis. Saya mengalaminya berkali-kali dengan syarikat besar dan terkenal. Di manakah hak royalti sebagai penulis? Andainya ia terjual dengan jumlah yang banyak, siapa yang mengaut keuntungannya?

Jadi, saya harap agar ahli AVA dapat mempertimbangkan tentang perkara. AVA tidak mempunyai masalah tentang perkara ini dan tidak berniat sama sekali untuk menghalang mana-mana ahli AVA untuk menyertainya kerana sendiri buat, sendiri tanggung. Dari satu segi, bagus untuk memperkenalkan penulis, tapi dari satu segi ia adalah eksploitasi terhadap penulis. Alahai penulis ...

Tak sedap sebenarnya nak sebut masa raya ni, tapi terpaksa berkata benar walaupun pahit! Setakat yang pernah saya risik DBP menyediakan perjanjian dalam penerbitan buku berbentuk begini, yang lain saya belum pernah dengar termasuklah PTS One yang Ilmar maklumkan ini.

Fazl September 25, 2009 at 2:17 AM  

utk permulaan, boleh la Abg Khar. Lgpn mungkin sbab buku ni terbit sekali setahun je.

Fazl September 25, 2009 at 2:30 AM  

Lgpn bila kita lebih2, kita pulak yg dituduh berlagak mcm penulis agung..huhu.. (bukan PTS)

AVA September 25, 2009 at 7:10 AM  

Ilmar - Yalah, terpulang pada budi bicara masing-masing. Saya cuma mengingatkan.

Unknown October 9, 2009 at 5:10 AM  
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP