Penutupan AVA Dalam Masa Seminggu
Kepada sesiapa yang ingin menyalin sebarang maklumat sila berbuat demikian dalam masa seminggu. Selepas dari itu, blog ini akan dipadam dan tidak akan wujud lagi. Kepada yang telah membayar yuran pendaftaran, sila emel akaun bank anda untuk dipulangkan kembali yuran pendaftaran tersebut dengan segera. Terima kasih.
8 comments:
Salam Khar,
Kenapa pula nak ditutup AVA ni?
:)
~Putri Lily~
Salam Abg Khar,
Yalah, kenapa nak tutup AVA pula? Kalau kami banyak buat salah, sorrylah. Macam saya ni, internet sangat slow. Susah nak buka blog AVA ni. So, kadang-kadang tu, apa yg Abg Khar cuba sampaikan, tak sampailah kat saya.
-Nafisya-
Abg Khar kenapa nak tutup?? Terkejut sgt ni..AVA baru je nak berkembang. Saya ni tiap-tiap hari jenguk AVA..tapi memang tak tinggalkan jejak pun.Dlm fikiran ni tgh rangka cerpen untuk bengkel tu nanti..
Abg Khar~
jangan tutup AVA...Plssss~~!!!!!
Salam Abg Khar,
Sejak Lea menerima email drpd Abg Khar semalam, Lea berasa sangat kecewa memandangkan ada beberapa orang yang menyertai blog ini adalah hasil daripada jemputan Lea. Lea yang beriya-iya menjemput mereka dan akhirnya inilah hasilnya. Sesungguhnya semua ini buat Lea berasa seperti pisang berbuah dua kali.
Lea faham dengan rasa kecewa yang dihadapi oleh Abg Khar yang mungkin berpunca daripada kurangnya respon daripada ahli. Namun Abg Khar kena sedar yang penglibatan di sini bagi rata-rata ahli bukanlah sesuatu yang terletak pada tempat nombor satu dalam prioriti. Masing-masing mempunyai tanggung jawab lain yang lebih menuntut perhatian dan tumpuan. Diakui bahawa Abg Khar sendiri mempunyai tanggung jawab yang lain. Namun sedarkah Abg Khar, semua risiko ini sepatutnya telah difikirkan terlebih dahulu sebelum Abg Khar membuat keputusan untuk menubuhkan AVA ini.
Dapat dibayangkan juga rasa kecewa yang Abg Khar tanggung apabila melihat manuskrip ahli AVA yang tidak sebaik yang Abg Khar harapkan. Sedangkan sudah banyak tips dan teguran telah diberikan. Tetapi sedarkah Abg Khar tugas untuk mengajar itu memerlukan selaut kesabaran dan masa yang panjang untuk mendatangkan hasil. Kami para ahli mungkin bukan insan yang telah dikurniakan keajaiban untuk menghasilkan karya terbaik. Oleh itu kami harus belajar. Dan, dalam tempoh pembelajaran itu sudah pasti kami akan sering melakukan kesalahan. Apabila kesalahan-kesalahan itu dapat diperbetulkan, barulah ianya dinamakan pembelajaran.
Mungkin Abg Khar sudah nekad dan tidak akan ambil endah pada apa yang bakal dititipkan oleh sahabat-sahabat lain melalui ruangan komen ini. Cuma satu yang hendak Lea sampaikan,
bukan mudah untuk berjaya, apatah lagi jika hendak memperjuangkan sesuatu yang tinggi nilainya, oleh itu semangat harus kuat dan hati mesti tabah. Jika tidak pasti kita akan mudah rebah
Abg Khar fikirkanlah sendiri baik buruk keputusan ini. Jika sudah nekad, terpulanglah. Rasanya ini pun sudah panjang lebar Lea menitipkan kata.
Sebelum Lea mengundurkan diri, Lea meminta maaf sekiranya kata-kata ini ada mengguris hati atau menyinggung mana-mana pihak. Dan, ucapan terima kasih Lea ucapkan buat ilmu yang telah Abg Khar sedekahkan buat kami. Semoga dirahmati Allah selalu hendaknya.
Lea mohon maaf kepada semua jika Lea ada wat silap dan salah selama ini. Lea mohon undur diri dulu. Sekian
Iklas;
~LeaQistina
Assalamualaikum Abg Khar,
Saya tak setuju dengan penutupan blog ni. Dan saya setuju dengan kata-kata kak Lea. Tapi, walau apapun itu adalah hak individu, siapalah kami untuk memaksa.
ps: Kalau tak delete blog ni tak boleh ke? Banyak info ni.. Maybe blog boleh dihentikan post and operasi, tapi info-info tu, biar diorang stay je la ;)
Salam Khar,
Hmm.. kenapa lea saja yg di email..
kalau sebab kurang respon lily juga mohon maaf. Lily sedang belajar ttg ini semua. Dan guru yg ada buat masa ni hanyalah blog AVA ni. Sebab tu hari2 jenguk ke sini utk timba ilmu baru.
Kalau Khar perasan ada 2 3 soalan yg lily kemukakan di beberapa entry, kerana ingin bljr lebih lagi. Tapi sayangnya tak di jwp.
Apa2pun.. terpulang pada keputusan yg diambil. Hanya mmg sayang sekali kalau blog ini ditutup.
Mohon Maaf Juga Dari
~Putri Liily~slesw
mungkin khar ada masalah dia sendiri, siapa yang tahu kan..kekadang semua manusia tak lari dari ditimpa masalah..cuma saya berharap agar masalah itu tidak membelenggu diri sendiri dan orang lain pada masa akan datang.
kalau dua bulan yang lalu blog ini adalah blog khar seorang, tapi selepas dua bulan, saya rasa blog ini sudah menjadi milik semua ahli-ahlinya...merobohkan rumah ini seperti merobohkan rumah penulis2 lain. Semoga khar boleh fikirkan masak-masak dengan keputusan tu..
tapi kalau selepas ini AVA akan ditutup juga, saya rasa kita semua harus redha dan terima keputusan khar dgn hati terbuka. Oh ya, duit yuran tu tak perlulah diganti, saya halalkan sahaja untuk setiap n3 berguna yang saya baca di sini.thanks atas bantuan dan ilmu berguna.
Post a Comment