Pengumuman - Bengkel Penulisan Cerpen 2009 (Terbuka Untuk Semua)
Bengkel Penulisan Cerpen akan diadakan : (Terbuka Kepada 15 orang sahaja!) - Sila daftar tempat dengan segera berserta nama, alamat dan nombor selfon ke ejenmanuskrip@yahoo.com. (Untuk ahli hanya perlu daftar nama sahaja).
Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa
(Peta), Cheras, KL.
Jam : 9 pagi - 4 petang
Pengendali Bengkel : Puan Nisah Haji Haron
Syarat-syarat Penyertaan :
1) Menghantar softcopy cerpen : -
a) 8 - 12 muka surat
b) Langkau dua (double spacing - *Selepas ini perkataan double spacing tidak akan digunakan lagi, sila ambil ingatan.)
c) Times New Roman, saiz huruf - 12
Sila emel ke ejenmanuskrip@yahoo.com, selewat-lewatnya 1 Oktober 2009 (untuk dikompilasi)
2) Yuran Penyertaan : -
a) Ahli - RM 100.00
b) Bukan Ahli - RM 150.00
Bayaran hendaklah dibuat semasa pendaftaran bengkel.
3) Tentatif Program
Akan dihantar melalui emel peserta.
* Makan dan minum akan disediakan.
Sebarang pertanyaan, sila emel ejenmanuskrip@yahoo.com
PERUBAHAN TERBARU TENTANG YURAN PENYERTAAN - HARAP MAKLUM!
7 comments:
bln 10? lambat lagi ni so susah nak buat keputusan skrg. Kne tgk jadual dlu...hehe
abg khar, Kaseh nak masuk tp blom ade cerpen lg... boleh book dulu tak?
Kaseh - boleh, siap-siapkanlah cerpen dan hantar kepada abg Khar ok.
Abg Khar, cerpen tu boleh guna cerpen yg sama dgn cerpen yang dihantar utk pertandingan hadiah kamus dewan tu tak?
Ilmar - boleh, kira aci lah.
ok, cun... Kaseh book dulu tau...
salam....kalau penulisan motivasi ada diambil kira ker???
Post a Comment